Iman

Assalamualaikum wbt.
Apakah itu iman? Iman yang rukun iman tu ke? Ala, yang ade enam perkara tu kan? Sesungguhnya iman bukan sekadar yang enam sahaja, itu jika dan hanya jika dilihat secara kasar. Ironinya, melalui keenam-enam perkara tersebut kita boleh mengklasifikasikan iman dalam aspek yang sangat luas. Di dalam al-Quran sendiri terdapat begitu banyak ayat yang memperkatakan tentang iman. Apakah asas-asas iman yang harus ada dalam diri seorang mukmin?
1. Tunduk dan patuh pada perintahNya (Al-Baqarah, ayat 136)
Ini semestinya sesuatu yang wajib kita semua lakukan. Perintah Allah yang Maha Esa, yang telah menciptakan kita..Subhanallah..masakan kita berani untuk mengingkarinya…takutlah dengan azab api neraka wahai sahabat sekalian. Nak disenaraikan ke perintah Allah yang wajib? Rasanya tak perlu…semua sahabat insya Allah dah beres bab ni Amin.

2. Makan yang baik-baik (Al-Baqarah, ayat 172)
Makanan juga merupakan asas iman yang sangat penting. Apa yang kita makan dalam sehari akan bercampur dengan darah dan daging kita seumur hidup. Hal ini yang menyebabkan ia sangat dititikberatkan dalam Islam. Anjuran makan makanan yang halal dan berkhasiat juga terdapat dalam hadith (hadith silibus form 4..tak kan dah lupe ?) yang sahih. Rezeki yang datang dari sumber yang haram dapat memberi kesan kepada iman seseorang. Kalau sumber dah haram, macam mana nak rasa manisnya iman kan? Sama kesnya dengan melihat perkara haram (aurat,blue film etc.) boleh menyebabkan seseorang tu menjadi seorang pelupa. So, jagalah pemakanan kita semua. Pastikan yang halal.

3. Sentiasa bersyukur (Al-Baqarah, ayat 172)
Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya, nikmat oksigen yang diberi untuk kita bernafas, nikmat air untuk kita minum, mandi, cuci baju, nikmat keluarga yang sentiasa ada di sisi, nikmat tidur, nikmat surf internet, nikmat chatting, nikmat tengok tv, nikmat ada kengkawan yang best, yang faham kita, nikmat ada tempat tinggal, nikmat boleh makan, nikmat tangan, kaki, mulut, telinga, hidung- senang cakap nikmat tubuh badan yang sempurna. Masya-Allah, tengok, punya la banyak nikmat yang Allah bagi kita semua. Dia tak sekali-kali lupakan hambaNya. So, kita kenalah selalu bersyukur. Bangun pagi tu jangan lupa baca doa bangun tidur. Nikmat hidup untuk sehari lagi. Ada orang yang hidupnya serba kekurangan. Jadi bersyukurlah dengan apa yang dah ada. Bersyukur ada 3 cara- hati, lidah, dan perbuatan. Ucapkan tahmid-Alhamdulillah atau buat sujud syukur.

4. Kerjakan amal yang baik (Al-Baqarah, ayat 223)
Amal yang baik? Banyak sangat amal yang baik boleh dibuat. Salah satunya ialah sedekah. Dinyatakan dalam hadith (num 26th ) berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya, ataupun mengangkat barang-barangnya ke atas tunggangan itu adalah sedekah. Kata-kata yang manis adalah sedekah. Setiap langkahmu menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya (sesuatu yang menghalang) dari laluan orang ramai juga merupakan sedekah.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) Berdasarkan hadith di atas, nampak tak? Sikit punya senang nak bersedekah, kira amal baik la tu kan tapi kena la ikhlas. Apa lagi, jom kita rebut pahala free ni
Rasanya sampai sini je kali ni. Sebenarnya banyak lagi asas iman yang dinyatakan dalam al-Quran. Yang dah dinyatakan kat atas tu hanya diambil dalam surah al-Baqarah. Insya Allah, kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Wallahu’alam.
References : Tafseer al-Quran, Indeks al-Quran-Dr Yusof Ismail, Lessons in 40 hadith-Syed Ahmad Semait

posted by siasah_sbp @ 3:51 PM, ,

Induksi APIS Pertama 12&13 Januari 2007

Alumni Pelajar Islam SBP bersama exco-exco(abang-abang dan kakak-kakak PKPIM)

Lawatan ke Pameran Tamadun Islam di Kuala Lumpur Convention Center

Tenaga Permulaan APIS: Abang Effendy dan Ikhwan (MCKK class 0f 1999 & 2006)

Alumni Pelajar Islam SBP bersama exco PKPIM
Belakang dari kiri : Ikhwan,Raja Iskandar,Rozairee,Abang Effendy (exco PKPIM),Luqman,Faiz,Firdaus,Abang Khairullah (exco PKPIM)
Duduk:Anati Asyran,Atiqah,Nova Adila

Sesi bersama Abang Raimy;mantan presiden PKPIM dan kini exco ABIM Pusat

posted by siasah_sbp @ 3:52 PM, ,

Akhlak Mulia

Bismillahirrahmanirrahim.Akhlak yang mulia dalam pergaulan

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
al -Hujurat:10

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara"

Kita sedia maklum perhubungan yang baik serta ikatan persaudaraan amat dianjurkan dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat di atas. Imam Tarmizi dan sebahagian ulama lain telah menyimpulkan pergaulan yang baik sesama Muslim ialah dengan menunjukkan muka yang manis, tidak menyakiti hati saudara yang lain dan sentiasa membuat kebaikan untuk saudaranya.Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai akhlak mulia dan budi pekerti yang sangat tinggi sesuai dengan firman Allah s.w.t:

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

al -Qalam:4

" Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai budi pekerti yang agung "

Ayat di atas merupakan suatu pujian yang amat besar kerana telah dinyatakan sendiri oleh Allah Maha Pencipta dan diabadikan pula di dalam al-Quranul Karim. Penghormatan yang diebrikan kepada Junjungan Mulia itu merupakan penghormatan kepada umat Baginda juga. Namun, penghormatan itu tidaklah layak untuk kita melainkan kita sebagai umat Muhammad manjadikan Baginda sebagai teladan dalam setiap gerak laku kita seharian.لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
al -Ahzab:21

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi dirimu "

Ayat di atas dengan jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan nombor satu yang perlu diikuti untuk menjadi seorang Muslim sejati.Akhlak Rasulullah yang telah ditunjukkan mempunyai skop yang amat luas, oleh yang demikian kita dianjurkan untuk mendidik diri kita agar mencontohi akhlak dan kelakuan Baginda mengikut kemampuan kita. Semakin banyak kita mencontohi akhlak Baginda yang mulia semakin dekatlah kita dengan Allah s.w.t. Insya Allah.

Wallahua'lam.

References: Syed Ahmad Semait (lessons in 40 Hadith) and tafseer al-Quran

posted by siasah_sbp @ 5:13 AM, ,

sUjuD SyukuR

Alhamdulillah…kita bertemu lagi dengan tahun baru hijriah 1428. Semoga pelbagai kejayaan boleh ditempa untuk kemajuan ummah dan semestinya untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Namun adakah kita telah bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakanNya sepanjang tahun lalu? Pernahkah kita sekurang-kurangnya sekali sujud syukur dalam setahun?
Sujud syukur amat digalakkan oleh jumhur ulama’. Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan selepas mandapat nikmat baru, berita menggembirakan atau pun selamat daripada musibah.
Hukum melakukan sujud syukur adalah sunat. Hal ini adalah berdasarkan hadith berikut:
“ Bahawa Nabi Muhammad s.a.w biasanya apabila menerima berita yang menggembirakan Baginda, Baginda terus sujud kepada Allah s.w.t “
(Riwayat Abu Daud)
Nak buat sujud syukur senang je..Islam kan agama yang mudah :)
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam
Mudahkan...sujud syukur dimulakan dengan duduk seperti duduk antara dua sujud. Ayat yang digalakkan dibaca semasa sujud ialah
“Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta² "
Kalau tak hafal boleh baca bacaan biasa sewaktu sujud..ringan-ringankanlah diri kita agar tidak terlalai dan terleka dengan kejayaan sendiri. Sesungguhnya semua tu datang dari Allah s.w.t.
Wallahua’lam.

posted by siasah_sbp @ 5:05 AM, ,

Luqmanul Hakim : Model Tarbiyah Islam

LUQMANUL HAKIM:
MODEL TARBIYAH ISLAM

APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.
Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

AQIDAH '

Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman: 31).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.

Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga di kalangan ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi muda mudah tergelincir keimanannya?

Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara kental. Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan.
Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa. Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:

"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku).

Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepadaku, "Wahai Sahal! jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur."
Katanya lagi, "Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat." Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni muncullah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal.
SOLAT

Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.

Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah SWT.
Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan.

Berbakti kepada kedua ibu bapa

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali." (Surah Luqman: 41)
Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam pendidikan Islam.
Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.

SABAR

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.

Jangan sombong

Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.

KESEDERHANAAN
Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku. Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.

DAKWAH
Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Firman Allah bermaksud:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).
Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam sepanjang zaman.

posted by siasah_sbp @ 8:44 PM, ,

Hijrah...Berubah, Mengubah Atau Diubah...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang kita kasihi...

Rasanya, belum terlambat buat ana menitipkan tinta ini buat renungan bersama sempena bulan Muharram, bulan yang mulia serta penuh dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah buat hamba-hamba yang sentiasa mentaatinya.

Hijrah..terlintas di fikiran ana, adakah umat Islam dewasa kini masih menantikan kemunculan bulan mulia ini sebagaimana umat terdahulu, selepas berlakunya peristiwa perjuangan Rasulullah SAW serta para sahabat menempuh kegetiran untuk melakar sejarah hijrah yang pertama dalam dunia Islam. Jika dahulu, Muharram penuh dengan keharuan dan kesyukuran kepada RabbulJalil atas nikmat Islam yang dikurniakan, kini mungkin sekali kita tidak sedar pun akan kehadirannya. Gara-gara kealpaan dan ketaksuban dengan nikmat duniawi yang diberikan buat sementara waktu, kita lupa akan sejarah agung ini.

Skop hijrah ini terlalu luas untuk diungkaikan dan terlalu subjektif untuk ditafsirkan.
Di sini, ana ingin berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang ana peroleh melalui satu slot forum Anjuran Yayasan Tahfiz An-Nisa' sempena perasmian yayasan tersebut baru-baru ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apa yang menarik tentang forum ini ialah panel jemputan yang cukup membuatkan ana kagum dengan mereka sekaligus menggambarkan keindahan erti hjrah itu sendiri. Berikut merupakan ahli-ahli panel jemputan:

a) Ustaz Zamri (DJ Radio IKIM)
b) Dayang Ku Intan (bekas penyanyi popular)
c) Brother Shah Kirit (muallaf dan pendakwah bebas di Sarawak )

Secara keseluruhannya ahli panel membincangkan tentang pengalaman mereka mencari dan mendapat nur hidayah daripada Allah untuk merasai nikmat Islam dan Iman.

Memetik kata-kata Brother Shah Kirit seorang penganut agama Hindu yang taat suatu ketika dahulu , penghijrahannya ke dalam Islam merupakan saat yang amat indah dalam hidupnya walaupun ada badai yang melanda ada insan yang terluka. Keindahan Al-Qur'an membuatnya tertarik untuk menghayati Islam dan menjalani hidup secara Islam. Pada mulanya ana agak tersinggung dengan kata-kata beliau apabila beliau mengatakan bahawa musuh agama Islam adalah uamt Islam itu sendiri. Namun apabila ana mendengar kupasan yang mantap daripada beliau, ana mengakui penyataan ini. Umat Islam seharusnya membawa imej yang baik bagi menggambarkan keindahan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Bgaimana umat Islam menjadi musuh kepada agama sendiri, sedangkan mereka menganut ISLAM?

Jawapannya terletak pada diri kita. Umat Islam yang hanya pada namalah yang menjadi musuh Islam. Mereka tidak pernah malu untuk melakukan dosa dan maksiat kepada Allah sedangkan mereka tahu akan balasan yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Mereka juga mencemar nama ISlam melalui perilaku yang cukup memalukan.Amat mengaibkan apabila seorang kafir mempersoal tentang kemungkaran yang dilakukan oleh umat islam sendiri. Jika seorang muallaf seperti Brother Shah Kirit membuat penilaian sedemikian rupa , bagaimana pula orang kafir yang lain, yang mungkin sedang merancang untuk mendapat hidayah Islam mahupun menghancurkan ISLAM?

Adakah perlu turun sesuatu keajaiban dari langit barulah umat Islam mahu berubah?Kitalah sepatutnya yang menjadi nadi perubahan-perubahan yang baik bukannya menanti diri kita diubah. Apabila kita melonjakkan perubahan maka, diri kita akan berubah sekaligus keadaan persekitaran akan berubah. Inilah yang dinamakan hijrah yang sebenar di mana kita melakukan anjakan paradigma yang teragung dalam diri. Kita yang mengubah bukan kita yang diubah. Sepertimana Allah telah menyebut dalam Al-Qur'an yang bermaksud:

"nasib sesuatu kaum tidak akan berubah jika mereka tidak mengubahnya.."

Hal ini bertepatan dengan apa yang berlaku kepada Dayang Ku Intan seorang penyanyi tersohor suatu ketika dahulu.Beliau ketika di era kegemilangannya di pentas seni, tidak pernah mengenali huruf-huruf Al-Qur'an tetapi atas nama kesedaran beliau cuba mengatasi kejahilannya dengan menimba ilmu melalui teman- teman yang masih sudi membimbingnya keluar dari kepompong kejahilan dan maksiat yang telah beliau lakukan. Beliau berusaha untuk membuat perubahan dalam diri sekaligus menanam hasrat untuk mencari hidayah Allah. Inilah hijrah di jalan Allah yang dituntut oleh Ilahi kepada umat Islam melalui firman-Nya dalam Surah An-Nisa' ayat 100 yang berbunyi:

MAKSUDNYA: “DAN SESIAPA YANG BERHIJRAH PADA JALAN ALLAH (UNTUK MEMBELA DAN MENEGAKKAN ISLAM), NESCAYA IA AKAN DAPATI DI MUKA BUMI INI TEMPAT BERHIJRAH YANG BANYAK DAN REZEKI YANG LUAS; DAN SESIAPA YANG KELUAR DARI RUMAHNYA DENGAN TUJUAN BERHIJRAH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, KEMUDIAN IA MATI (DALAM PERJALANAN), MAKA SESUNGGUHNYA TELAH TETAP PAHALA HIJRAHNYA DI SISI ALLAH. DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI”.

Lihatlah, betapa besarnya ganjaran oleh Ar-Rahi buat hamaba-hambanya yang berjuang fi sabilillah. Kita jadikan kisah kedua-dua insan ini sebagai inspirasi buat kita untuk terus mengejar kemanisan iman , ISlam dan Taqwa yang telah Allah janjikan nikmatnya di Syurga kelak. Kita secara lahiriahnya telahpun memiliki nikmat Islam, cuma perlukan sedikit ikhtiar untuk menggapai erti iman.

Oleh itu ayuh kita mengorak langkah, muhasabah kembali kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. Buangkan segala kekejian yang tersimpan di lubuk hati sebaliknya semaikanlah keindahan iman di taman jiwa. lakukan penghijrahan yang paling bermakna dalam sirah hidup kita buat tahun baru hijrah ini.Tanamkanlah tekad untuk sama-sama berjuang di medan dakwah Islami..

Wallahualam..


ana,

serikandi pejuang

posted by siasah_sbp @ 6:02 AM, ,

SOLAT TAHAJUD - DARI PERSPEKTIF PERUBATAN

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of HumanSciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untukmemungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktutidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktordari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : " Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktumalam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah." ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.
Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao,Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, merekaberlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao,Confusies dan Sikh.
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulusebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow
Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi merekabekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalammemastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.

posted by siasah_sbp @ 6:55 PM, ,

Fadhilat al-Quran

Firman AllahS.W.T:


Bermaksud:"Dan kami turunkan kepadamu kitab(Al-Quran)untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri".


Al-quran merupakan mukjizat yang berkekalan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.Allah menurunkan Al-quran kepada Rasulullah S.A.W adalah untuk mengeluarkan manusia daripada kesesatan kepada jalan yang yang benar.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dengan kitab itulah(Al-quran)Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya kejalan keselamatan dan dengan Al-quran pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan keizinanNya dan menunjuki mereka kejalan yang lurus"


Al-quran juga mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan,ilmu pengetahuan,kisah-kisah para sahabat,falsafah,peratuaran-peraturan yang mengatur tingkah laku dan tata cara hidup manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Begitu juga Al-Quran menjadi pegangan bagi mereka yang inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat dan mengajarkan supaya manusia tetap suci berbakti kepada Allah dan manusia harus merendah diri tapi jangan melupakan harga diri.Firman AllahS.W.T bermaksud:
"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya,petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(Yaitu) mereka yang beriman kepada ghaib yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka,dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepamu dan kitab-kitab sebelummu(Injil,Taurat dan Zabur)serta mereka yakin adanya kehidupan akhirat."


Al-Quran juga merupakan sumber utama yang menjadi petunjuk kehidupan umat manusia yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai satu rahmatNya yang tidak ada bandingan.Al-Quran menjadi petunjuk pedoman dan pelajaran bagi sesiapa yang mengamalkannya yang terkandung segala pokok-pokok syariat yang terdapat dalam kitab suci yang terakhir yang diturunkan oleh AllahS.W.T.Kerna itu setiap orang yang menpercayai sepenuhnya dengan Al-Quran,akan bertambahlah kecintaan kepadanya,cinta untuk membaca,mempelajari dan memahami dan seterusnya mengamalkan dan menyampaikan kepada orang lain.Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,Rasulullah mengatakan:"Sesiapa yang mempelajari Kitabullah,kemudian diamalkannya isi yang terkandung di dalamnya,Allah akan menunjukinya dari kesesatan dan akan dipeliharanya pada hari kiamat dari siksa yang amat berat".






Al-Quran juga sebaik-baik bacaan bagi orang mukmin baik di kala senang atau susah,dikala gembira atau sedih.Malahan Al-Quran bukan sahaja menjadi amalan dan ibadah akan tetapi boleh menjadi penawar bagi orang yang jiwanya dalam kegelisahan.Firman AllahS.W.T bermaksud:"Dan kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian."
(SURAH AL-ISRAA':AYAT 82)


Pernah satu ketika dahulu,datang seorang kepada sahabat Rasulullah yang bernama Ibnu Mas'ud r.a untuk meminta nasihat,katanya"Wahai Ibnu Mas'ud,berikanlah penawar yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah ini.dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram,fikiran ku kusut,makan tak lalu,tidur pun tak nyenyak.Maka Ibnu Mas'ud pun berkata,kalau itu penyakit yang kau alami,maka bawalah hatimu mengunjung 3 tempat yakni tempat orang membaca Al-Quran,engkau baca Al-Quran atau dengar orang membacanya dan kau bangun mengerjakan solat malam,minta pertolongan dan memohon kpd Allah ketenangan jiwa.Setelah orang itu kembali ke rumahnya,diamalkan nasihat Ibnu Mas'ud r.a itu,dia pergi mengambil wudhu' kemudian dibacanya Al-Quran dengan hati yang khusyuk,selesai membaca berubahlah kembali jiwanya menjadi tenang dan tenteram.Kita dapat lihat betapa hebatnya Al-Quran sebagai penawar kepada jiwa manusia.Firman Allah S.W.T maksudnya:"Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram".


Membaca Al-Quran adalah amalan yang soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya,memberi cahaya dalam hati manusia yang selalu membacanya dengan hati yang khusyuk,dan juga mendapat ganjaran dari AllahS.W.T.Ali bin Abi Talib mengatakan" bahawa setiap orang yang membaca Al-Quran dalam solatnya akan mendapat pahala 50 kebajikan untuk setiap huruf yang dilafaznya,membaca Al-Quran di luar solat dengan berwudhuk 25 kebajikan dan membaca Al-Quran di luar solat tanpa wudhuk 10 kebajikan.Di dalam ajaran islam,bukan membaca Al-Quran sahaja yang menjadi satu ibadat tetapi mendengar Al-Quran juga dapat ganjarannya.Firman Allah S.W.T:


bermaksud:"Dan apabila dibacakan Al-Quran,maka dengarlah baik-baik dan perhatikan dengan tenang agar kamu mendapat rahmat".(Surah Al-A'raa:204)
Ini kerana mendengar bacaan Al-Quran dengan baik dapat menghiburkan perasaan sedih,menenangkan jiwa yang gelisah dan melembutkan hati yang keras serta petunjuk ke jalan yang diredhai,inilah yang dikatakan rahmat Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T:"Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya kami tetap memeliharanya".(Surah Al-Hijr:9)

Sungguh besar mukzijat Al-Quran sebagai wahyu Ilahi yang tidak jemu orang membacanya dan mendengarnya.Malahan semakin sering di baca,didengari,semakin terpikatlah hatinya kepada Al-Quran.Bila Al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih,dengan alunan suara yang merdu yang akan memberi pengaruh besar kepada jiwa raga seseorang yang mendengarnya dan akan bertambahlah kekuatan imannya.Firman Allah S.W.T,Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila di sebut(nama-nama)Allah,gementar hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya,bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal".(Surah Al-anfaal:2)

RasulullahS.A.W sendiri sangat gemar mendengar Al-Quran dari orang lain.Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari disebutkan bahawa Adbullah Ibnu Mas'ud menceritakan,Rasulullah berkata kepadaku "Hai Ibnu Mas'ud,bacakanlah Al-Quran untukku!"lalu aku menjawab,apakah aku pula yang perlu membacanya untukmu ya Rasullulah,padahal Al-Quran itu diturunkan kepadamu?Rasulullah menjawab,aku senang mendengar bacaan Al-Quran dari orang lain.Dengan hanya mendengar Al-Quran dari orang lain hatinya berasa tenang,apatah lagi jika Baginda membacanya sendiri dengan hati yang khusyuk sehingga menitiskan air mata apabila melihat kebesaran dan keagungan kitab yang diturunkan oleh AllahS.W.T kepadanya.Betapa kuatnya cinta Rasulullah kepada Al-Quran yakni wahyu Allah S.W.T yang sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidupnya.Kita sebagai orang mukmin seharusnya menjadikan Al-Quran juga sebagai panduan hidup di alam ini agar kita memperolehi rahmat Allah S.W.T sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
Firman Allah S.W.T:"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk
segala ummat"


RasulullahS.A.W menyatakan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,yang maksudnya demikian:"Ada dua golongan manusia yang sungguh-sungguh orang dengki padanya,iaitu orang yang diberi oleh Allah Kitab Suci Al-Quran ini,dibacanya siang dan malam,dan yang dianugerahi Allah kekayaan harta,siang dan malam kekayaan itu digunakannya untuk segala sesuatu yang diredhai Allah."
"Dalam Riwayat oleh Bukhari dam Muslim juga,Rasulullah menyatakan tentang martabat dan keutamaan orang membaca Al-Quran,Perumpaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga yang baunya harum dan rasanya lazat,manakala orang mukmin yang tidak suka membaca Al-Quran seperti buah kurma ,baunya tidak begitu harum tapi manis rasanya,orang munafiq pula yang membaca Al-Quran ibarat sekumtum bunga,berbau harum tetapi pahit rasanya,dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran,tak ubah sepertibuah hanzalah,tidak berbau dan rasanya pahit sekali".



Tambahan pula,Al-Quran itu sendiri menganjurkan supaya manusia
memperdalamikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai-bagai bidang ilmu supaya menjadi satu garis panduan kepada manusia untuk mempelajarinya dan mengamalkan dalam kehidupan seharian agar mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.Rasulullah S.A.W pernah bersabda:"Orang yang pandai membaca Al-Quran itu akan bersama para rasul yang mulia adapun orang yang lemah dan tersekat-sekat ketika membaca Al-Quran dan dia memang berkeinginan untuk membaca Al-Quran maka dia berhak mendapat 2 pahala.Justeru itu setiap mukmin yang mempercayai Al-Quran,adalah satu kewajipan dan tanggungjawab terhadap Kitab Suci Al-Quran,iaitu mempelajari dan mengajarnya.Belajar dan mengajarkan Al-Quran adalah kewajipan yang suci lagi mulia.Rasulullah S.A.W,telah mengatakan"Yang sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya,dan Rasulullah juga mengatakan:"Sesungguhnya seseorang yanf pagi-pagi pergi mempelajari ayat-ayat dalam kitabullah lebih baik daripada mengerjakan solat sunat seratus rakaat"


Firman Allah S.W.T maksudnya:"Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhan kepadamu,dan jangan kamu mengadakan Tuhan yang lain disamping Allah yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela dan dijauhi dari rahmat Allah".


Oleh yang demikian kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa mengingati
Allah dengan memperdekatkan diri dengan Kitab Suci Al-Quran agar jiwa kita sentiasa tenang dan mendapat rahmat dariNya.Ini kerana didalam Al-Quran itu sendiri banyak membentangkan mengenai Kebesaran Allah dan KekuasaanNya sebagai pencipta alam,yang mana kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa taat dan tunduk kepadaNya.Kerna segala-galanya telah ditentukan oleh AllahS.W.T kepada manusia.Ingatlah kita hidup didunia hanyalah sementara yang kekal adalah akhirat sana.adakah sudah cukup amalan kita untuk di bekalan di akhirat kelak?tah esok,tah lusa kita akan pergi meninggalkan dunia kecuali yang bersama kita di akhirat adalah amalan…amalan yang kita lakukan didunia…adakah amalan itu diterima?adakah kita ini tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh?adakah kita yakin tempat kita adalah Syurga?Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya.sama-samalah kita renungkan.".Kehidupan ini hanyalah untuk 3 hari..hari yang telah berlalu,maka tiada lagi kesempatan untuk kita mendapatkan semula..hari esok yang kita tidak ketahui adakah dapat untuk menikmatinya lagi atau tidak..dan hari serta saat dimana kita sedang berada di dalamnya..Oleh itu manfaatkanlah hari dimana kita sedang berada di dalamnya dengan sebaik-baiknya'(Nabi Isa a.s)






Sahabat…inilah yang dapat ku sampaikan untuk pesanan dan peringatan untuk kalian semua dan juga untuk diriku yang serba kekurangan ni,agar apa yang di coretkan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua menjadi ikhtibar untuk kita memperbaiki diri kita..,. Ingatlah…..hidup ini penuh liku kehidupan,penuh ranjau berduri,perjuangan dan kesusahan,hanya Allah S.W.T sahajalah kita kembali….
Semoga kita sentiasa berada dalam InayahNya dan kita semua tergolong dikalangan orang-orang yang bertaqwa..Amin Ya Rabbal'lami.


"Ya Tuhanku,ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami kedalam rahmat Engkau,dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang".

posted by siasah_sbp @ 6:38 PM, ,

Tentatif Program

Insya ALLAH ana sertakan tentatif program yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Januari ini.

Tentatif Program

Jumaat 12 Januari 2007


9.00 pagi : Ketibaan peserta/Pendaftaran
10.00 pagi : Ta’aruf / Ice Breaking
11.00 pagi : Taklimat daripada pihak PKPIM
12.00 tengah hari : Rehat,makan,solat Jumaat
2.00 petang : Perbincangan / Mesyuarat (sesi 1)
4.30 petang : Solat asar
7.00 malam:Solat maghrib,tazkirah,solat Isyak
9.00 malam: Ceramah : “Dakwah di SBP”
10.00 malam -12.00 malam: Perbincangan / Mesyuarat (sesi 2)



Sabtu 13 Januari 2007


6.00 pagi : Solat Subuh
8.00 pagi : Ceramah “Daie yang karismatik”
9.30 pagi : Persediaan ke IPTA
10.30 pagi : Rehat
10.45 pagi : Perbincangan / Mesyuarat (Sesi 3)
P.O.A
12.30 tengah hari : Rehat,makan solat
2.00 petang: Ziarah Tokoh
3.30 petang : Conclusion
4.00 petang : Ilalliqa,ma’as salamah.

posted by siasah_sbp @ 6:51 AM, ,

Menikmati Kutukan dan Celaan

Kritikan, celaan, kutukan dan penghinaan adalah sumber perubahan dan ujian pengukuhan buat sekeping hati buat setiap insan...........

Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala
dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang
yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah.
Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu
untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin
dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau
mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari
perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin
tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.


Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara
itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk
kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya
yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya
dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar.
Namun, apa yang terjadi? Setelah ia mendengar pemberitahuan itu,
diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular
namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya
tersebut.


Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan
ketinggian akhlak.
Ketika datang badai kritikan, celaan, serta
penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak
goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin
betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata
terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla.


Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia
berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja
yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus,
adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman,
bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan.
Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua,
sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja.
Terserah Allah.


Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang
menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita
bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar
atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu
segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh
kita di akhirat kelak.


Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan
ulama yang sholeh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak
menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka
malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan
mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan
ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri,
tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang
yang tidak menyukainya.


Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa
berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat
boleh hadir dengan berbagai bentuk.
Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan.
Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar.
Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan.
Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.



Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya
menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita
dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya
penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT.
Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi
penentu itu.


Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita kerana
perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya.
Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
QS. Yunus [10] : 65 Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau
Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan
membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan.



Apalah ertinya kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang
sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas
segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia
dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya.


Naudzubillaah!!! Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman,
"Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan
kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan
dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki
dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah
segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala
sesuatu." QS. Ali 'Imran [3] : 26

wallahualam.......

posted by siasah_sbp @ 5:27 AM, ,

Jauhi Maksiat Zahir

IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua.
Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh.Lazimnya, berbuat taat dan menurut segala yang disuruh itu adalah lebih mudah berbanding dengan meninggalkan perkara yang dilarang. Kerana itulahNabi SAW bersabda, "Orang yang berhijrah itu adalah seorang yangmeninggalkan kejahatan dan orang yang berjihad ialah seorang yang memerangi hawa nafsunya."Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya.
Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat,ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu inilah seseorangitu menjadi kufur terhadap nikmat Allah.Oleh itu, hendaklah setiap individu muslim menjaga sungguh-sungguh seluruh anggota badannya terutamanya anggota yang tujuh iaitu memelihara MATA,TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN dan KAKI.
Ini kerana nerakaJahannam itu terdiri dari tujuh pintu dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat anggota yang tujuh itu.
Mata yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota tubuh yang lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan, melihat gadis remaja dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan pandangan yang menghinakan dan melihat segala keaiban orang lain.
Telinga yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari mendengar segala perkataan bid'ah yang menyimpang dari ajaran agama, mendengar umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan yang keji dan juga mendengar perkataan yang batil dan sia-sia.
Lidah diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat,menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan kotor. RasulullahSAW bersabda, " Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafik."Tetapi dalam keadaan tertentu kita harus berdusta, misalnya untukmendamaikan dua orang yang berkelahi atau suami-isteri yang bergaduh, yang mana tidak mungkin mereka dapat didamaikan kecuali dengan berdusta. Begitu juga dengan mengumpat.
Mengumpat dibenarkan jika membawa maslahah(kebaikan) yang meliputi pada enam keadaan :-
1.Mendedahkan kejahatan penjenayah supaya dihukum pemerintah atau mendedahkankezaliman pemerintah supaya dihukum oleh rakyat.
2.Mendedahkan perbuatan mungkar seseorang supaya dia meninggalkan maksiat tersebut.
3.Mendedahkan kezaliman seseorang untuk menuntut hak dan keadilan.
4.Mendedahkan kefasikan dan kezaliman seseorang kepada orang yang belum mengetahuinya bagi mengelakkanmereka bersahabat dengan si fasiq atau sizalim itu.
5.Memperkenalkan seseorang yang tidak dikenali melainkan dengan menyebut keaiban yang ada pada dirinya.
6.Menyebut akan sifat keji orang yang masyhur dengan kezaliman, kefasikan atau kejahatannya.
Selain dari enam situasi di atas, kita dilarang sama sekali dari mengumpat walau apa yang dikata itu ada kebenarannya. Dalam hal ini, Rasulullah SAWbersabda, "Jangan mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain.Adakah sebahagian kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Sudah tentu kamu benci."Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah(tidak jelas antara yang halal dan haram). Ini kerana makanan yang kitamakan akan menjadi darah daging. Rasulullah SAW bersabda, " Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih utama untuknya."Rasulullah SAW turut bersabda lagi, " Ibadat dan ilmu yang disertai denganmemakan rezeki yang haram seperti membina rumah di atas himpunan najis.
"Seterusnya, Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga kemaluan dari segala yang diharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara sebagai mana firman Allah, " Dan mereka yang memelihara akan kemaluan mereka melainkan ke atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka,meka sesungguhnya mereka tiada dicela."Tangan turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan dan menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan untuk mencapai tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yang haram.
Manakala kedua kaki pula hendaklah dipelihara dari melangkah ketempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Dan juga kedua kaki itu hendaklah dikawal dari menghadap pemerintah yang zalim tanpa sebarang keadaan darurat yang mendesak. Begitulah nasihat Imam Ghazali di dalam kitabnya yang agung, ' Bidayatul Hidayah.' Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ya-Siin, " Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.
Sekian buat renungan kita bersama.

posted by siasah_sbp @ 5:09 AM, ,

Ilmu Agama Beransur-ansur Hilang...

Di sini ana ingin memetik tinta-tinta Islami daripada Hj. Abd Ghani (YDP Persatuan Ulama Malaysia 2003 ) bagi membuka mata hati kita tentang bagaimana realiti dunia Islam kita pada hari ini. Harapan ana artikel ini akan meniup semangat kepada umat Islam seluruhnya untuk kembali bangun menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini....


Haji Abdul Ghani Samsudin
Yang Di Pertua
Persatuan Ulama Malaysia
22 Disember 2003

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG Tarikh: 2/21/2003

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."


Penerangan Hadis:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya


Riwayat: H.R. Muslim


ISLAM HANYA NAMA SAHAJA Tarikh: 10/28/2002

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali

Penerangan Hadis:
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.


Riwayat: HR al- Baihaqi


Sempena Perasmian Kongres Ulama Asia Tenggara baru baru ini Ustaz Haji Abdul Ghani bin Samsudin menyentuh hadith berikut:

"Apabila umatku melakukan lima belas perbuatan nescaya mereka akan ditimpa bencana. Sahabat bertanya. Apakah dia perbuatan berkenaan wahai Rasulullah. Baginda menjawab:

1.Apabila keberuntungan hanya beredar disekitar elit tertentu.
2.Amanah dianggap habuan ghanimah.
3.Zakat dilihat sebagai beban.
4.Suka akur sahaja kehendak isteri, sebaliknya mudah menderhakai ibunya.
5.Ada orang yang memberi layanan baik kepada temannya tetapi mudah memandang sepi bapanya.
6. Masjid-masjid herok piruk dengan suasana-suasana pertelingkahan.
7.Para pemimpin terdiri dari kalangan manusia yang paling keji.
8.Seseorang itu dimuliakan justru menghindari kejahatannya.
9.Arak menjadi minuman (yang lumrah).
10.Sutera (lumrah) menjadi pakaian.
11.Masyarakat dibiasakan dengan muzik dan dendangan biduanita.
12.Umat yang mutakhir mengutuk leluhur mereka di zaman silam.

Maka (jika perbuatan seperti itu berlaku) hendaklah mereka menunggu ketibaan angin merah (yang membawa padah) kemusnahan dan “maskhan” (perubahan sikap yang semakin memburuk dan jahat)."


Penerangan Hadis:
Hadith ini menyatakan beberapa tanda musibah dalam masyarakat. Sekiranya ciri-ciri buruk yang dinyatakan itu berlaku maka Allah akan turunkan bala berdasarkan kejahatan yang telah dilakukan itu . Dalam konteks ini hadith menekankan tentang perlunya kepimpinan yang baik. Kepimpinan yang baik boleh mengundang rahmat Allah. Manakala yang jahat mengundang balak dan bencana .

Sebab itu kepimpinan Islam menurut Us. Abdul Ghani dalam menjelaskan maksud hadith ini perlu ada persediaan untuk melaksanakan kewajipan Islam yang sebenar dengan cara yang sedar dan betul. Tidak terpengaruh dengan pandangan yang menyimpang dari garis ajaran Islam yang benar, tidak fanatik kepada negeri, kawasan, kumpulan atau mazhab.Kepemimpinan Islam perlu ada wawasan Islam yang bersifat local dan international. Wawasan ini memandunya ke arah merealisasi kemajuan, keagongan dan nilai-nilai unggul.

Riwayat: al-Termizi..dipetik dari Ucapan Dasar YDP PUM 2001

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.


Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka." Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."



posted by siasah_sbp @ 6:11 AM, ,

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad sawbersabda:"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan padamalamaku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatulmaut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, makamalaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DANKEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni olehsyaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuatdaripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali diamendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglahpahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yangsedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, ”SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

wallahualam.............

posted by siasah_sbp @ 6:04 AM, ,

Editor GAPIS

Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).

Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.

Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.

Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh karisma.   

Amira

Merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah. Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.

Hani

Berasal dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang terkini menggantikan seniornya saudari Amira.

Mengenai Blog

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin tersebut.

APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi, termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen , Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam,  dan lain-lain.

APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.

Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.

Hubungi Kami

Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau  Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.