Ilmu Agama Beransur-ansur Hilang...

Di sini ana ingin memetik tinta-tinta Islami daripada Hj. Abd Ghani (YDP Persatuan Ulama Malaysia 2003 ) bagi membuka mata hati kita tentang bagaimana realiti dunia Islam kita pada hari ini. Harapan ana artikel ini akan meniup semangat kepada umat Islam seluruhnya untuk kembali bangun menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini....


Haji Abdul Ghani Samsudin
Yang Di Pertua
Persatuan Ulama Malaysia
22 Disember 2003

ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG Tarikh: 2/21/2003

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."


Penerangan Hadis:
Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai.

Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya


Riwayat: H.R. Muslim


ISLAM HANYA NAMA SAHAJA Tarikh: 10/28/2002

Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali

Penerangan Hadis:
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.


Riwayat: HR al- Baihaqi


Sempena Perasmian Kongres Ulama Asia Tenggara baru baru ini Ustaz Haji Abdul Ghani bin Samsudin menyentuh hadith berikut:

"Apabila umatku melakukan lima belas perbuatan nescaya mereka akan ditimpa bencana. Sahabat bertanya. Apakah dia perbuatan berkenaan wahai Rasulullah. Baginda menjawab:

1.Apabila keberuntungan hanya beredar disekitar elit tertentu.
2.Amanah dianggap habuan ghanimah.
3.Zakat dilihat sebagai beban.
4.Suka akur sahaja kehendak isteri, sebaliknya mudah menderhakai ibunya.
5.Ada orang yang memberi layanan baik kepada temannya tetapi mudah memandang sepi bapanya.
6. Masjid-masjid herok piruk dengan suasana-suasana pertelingkahan.
7.Para pemimpin terdiri dari kalangan manusia yang paling keji.
8.Seseorang itu dimuliakan justru menghindari kejahatannya.
9.Arak menjadi minuman (yang lumrah).
10.Sutera (lumrah) menjadi pakaian.
11.Masyarakat dibiasakan dengan muzik dan dendangan biduanita.
12.Umat yang mutakhir mengutuk leluhur mereka di zaman silam.

Maka (jika perbuatan seperti itu berlaku) hendaklah mereka menunggu ketibaan angin merah (yang membawa padah) kemusnahan dan “maskhan” (perubahan sikap yang semakin memburuk dan jahat)."


Penerangan Hadis:
Hadith ini menyatakan beberapa tanda musibah dalam masyarakat. Sekiranya ciri-ciri buruk yang dinyatakan itu berlaku maka Allah akan turunkan bala berdasarkan kejahatan yang telah dilakukan itu . Dalam konteks ini hadith menekankan tentang perlunya kepimpinan yang baik. Kepimpinan yang baik boleh mengundang rahmat Allah. Manakala yang jahat mengundang balak dan bencana .

Sebab itu kepimpinan Islam menurut Us. Abdul Ghani dalam menjelaskan maksud hadith ini perlu ada persediaan untuk melaksanakan kewajipan Islam yang sebenar dengan cara yang sedar dan betul. Tidak terpengaruh dengan pandangan yang menyimpang dari garis ajaran Islam yang benar, tidak fanatik kepada negeri, kawasan, kumpulan atau mazhab.Kepemimpinan Islam perlu ada wawasan Islam yang bersifat local dan international. Wawasan ini memandunya ke arah merealisasi kemajuan, keagongan dan nilai-nilai unggul.

Riwayat: al-Termizi..dipetik dari Ucapan Dasar YDP PUM 2001

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.


Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka." Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."



posted by siasah_sbp @ 6:11 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Editor GAPIS

Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).

Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.

Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.

Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh karisma.   

Amira

Merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah. Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.

Hani

Berasal dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang terkini menggantikan seniornya saudari Amira.

Mengenai Blog

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin tersebut.

APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi, termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen , Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam,  dan lain-lain.

APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.

Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.

Hubungi Kami

Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau  Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.


Web This Blog

 

Laman Utama | Profil | Koleksi Foto | Forum | GAPIS E-GROUP | PKPIM |


Powered By

Powered by Blogger
make money online blogger templates