Ayuh Cerakinkan Tekno Daie!
Monday, December 25, 2006

Salam Ukhwah dilestarikan buat adik-adik GAPIS.
Alhamdulillah jam pukul 1.55 pagi kami (saya & Effendy) masih mampu bersengkang mata setelah selesai membuat sedikit dari usaha kami untuk membantu komitmen adik2 mencerakinkan usaha dakwah melalui wadah teknologi blog ini.
Hmm... seronok dapat bantu adik-adik sekalian sehingga kami tidak perasan sejak pukul 10.00 pagi tadi kami berdua asyik menghadap komputer. Abg Fendy pula yg bertolak dari KL jam 9.00 malam mengembara ke Kelantan dan lebih kurang jam 4.30 pagi abang jemput dia ke rumah abang, Beliau tidak putus-putus dok cerita tentang komitmen adik-adik (sekarang ni pun masih tak tidur lagi.....maklumlah dia dah qadha petang tadi..hehe) akhirnya terimalah hasil yang tak seberapa dari kami untuk adik-adik GAPIS sekalian.
Apa yang abg harapkan, walaupun abg tidak mengenali lebih dekat adik-adik semua, namun kerana tugas kita yang sama ( menegakkan syiar Islam) ,abang terasa ruh ukhwah antara kita. Sebagaimana kita terasa ruh ukhwah saudara kita di Palestin yang berusaha menegakkan Agama Allah di sana dengan cara mempertahankan sedaya upayaTanah Suci Baitul Maqdis (Kalau tak terasa mungkin ada something wrong kan?).
Nasihat abang jangan jadikan hari ini, hanya utk menunggu hari esok. Rancanglah sesuatu. Semoga sesuatu itu dapat kita perjuangkan bersama...Oleh itu cernakan idea melalui gerak daya.. dunia yang global disulami deras arus perdana sentiasa merindukan pemikiran baru yang ideal..seperti adik-adik semua..
Teringat akan kata-kata seorang mantan Presiden PKPIM yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia : "
Generasi Muda perlu digerakkan dengan kesedaran dan galakan dalam diri bahawa kita wajib bertindak merubah masyarakat, bukan orang lain, bukan kelompok asing , bukan negara lain. Generasi Muda perlu menjadi generasi yang mampu menganjurkan pembaharuan dalam masyarakat.
Akhir kata adik-adik, selalulah merenung wawasan. Kerana generasi yang selalu merenung wawasan selalu akan melakukan perubahan dalam masyarakat.
Wassalam.
Dari seorang Pemuda,
Mohd Faizul Afzan Mamat (Fityan)
[ Jom Lawat Blog saya!! ]
posted by siasah_sbp @ 10:48 AM,
0 Comments:
Editor
GAPIS
Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau
yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah
Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas
awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).
Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah
terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan
penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini
beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar
negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.
Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan
berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan
beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga
adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.
Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan
seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir
walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh
karisma.
Amira
Merupakan
bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas
Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah.
Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles
yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.
Hani
Berasal
dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri
Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang
terkini menggantikan seniornya saudari Amira.
Mengenai Blog
Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar
Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan
keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang
diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru
akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin
tersebut.
APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan
dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS
terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi,
termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen ,
Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam, dan lain-lain.
APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.
Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.
Hubungi Kami
Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.