Kenapa orang Islam sekarang malu untuk mengaku sebagai seorang Muslim?
Monday, September 04, 2006
Umat Islam sekarang malu untuk mengaku diri mereka itu seorang muslim. Banyak contoh yang dapat kita lihat sekarang lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja yang semakin meningkat usianya. Pada usia remaja inilah masa yang paling ideal atau sesuai untuk otak mencapai perkembangan yang maksimum. Gejala 'black metal' mostly remaja melayu islam yang conquer.. Mana ada kita lihat orang-orang lama pergi pijak Al-Quran, kencing atas Al-Quran koyakkan, mana ada. semuanya para remaja. nampak sangat akidah mereka , bukan, akidah KITA tidak kukuh dan senang terjebak dengan perkara yang sedemikian. Allah berfirman,
"wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam itu sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu musuhmu yang nyata"
Kenyataan Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa umat Islam sekarang ibarat buih memang tepat dan tidak disangkal lagi. Apa yang negara-negara Islam lain lakukan apabila Lubnan dibom, rumah-rumah diruntuhkan, wanita-wanita diperkosa dan kanak-kanak ditembak? Kalau ada yang memboikot barangan itu Alhamdulillah. Tapi semangat jihad dalam kalangan umat Islam ini semakin lenyap apabila Amerika menunjukkan belang mereka dengan mengeluarkan penyataan bahawa mereka mempunyai senjata-senjata merbahaya. Ana dan rakan-rakan ada menonton VCD tentang nasib penduduk di Iraq dan Lubnan. Antara kata-kata Mus'ab al Zarqawi (syahid) yang masih terngiang-ngiang di telinga ana ialah, "sesungguhnya orang Amerika yang masuk Islam itu adalah saudara kami yang kami cintai, dan kaum arab yang berpaling (murtad) itu merupakan musuh yang kami benci walaupun dilahirkan dari ibu yang sama" betapa kuatnya iman mereka membuatkan ana berasa hairan dan kadang-kala bingung, adakah semangat Islam ini hanya ada pada diri orang yang tinggal di Timur Tengah sahaja?
posted by siasah_sbp @ 8:56 PM,
0 Comments:
Editor
GAPIS
Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau
yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah
Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas
awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).
Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah
terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan
penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini
beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar
negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.
Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan
berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan
beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga
adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.
Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan
seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir
walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh
karisma.
Amira
Merupakan
bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas
Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah.
Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles
yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.
Hani
Berasal
dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri
Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang
terkini menggantikan seniornya saudari Amira.
Mengenai Blog
Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar
Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan
keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang
diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru
akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin
tersebut.
APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan
dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS
terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi,
termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen ,
Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam, dan lain-lain.
APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.
Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.
Hubungi Kami
Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.