Persatuan Pemimpin Islam SBP

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Anda mungkin tertanya-tanya apakah sebenarnya tujuan gerakan yang menghubungkan badan-badan dakwah SBP ini?Mungkin ada yang beranggapan usaha ini sekadar bersuka-suka sahaja.Namun bukan itu yang sebenarnya matlamat PPI SBP ini diilhamkan.Sebenarnya,asas gerakan Islami perlu diasuh sejak di bangku sekolah lagi.Insya ALLAH akan diteruskan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat,auliyak, mujahidi,para ulama dan seluruh pendukung kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

Insya ALLAH,di sini ana akan berikan penerangan mengenai usaha Islami ini.

Bingkisan idea:
1.Dengan adanya rangakaian badan dakwah seluruh SBP ini,usaha untuk menegakkan syiar Islam dapat dilakukan secara menyeluruh dalam konteks Sekolah Berasrama Penuh.

2.Umat Islam itu bersaudara dan saling membantu antara satu sama lain.Perkara ini dapat dipraktikkan dalam gerakan ini.Pihak badan dakwah SBP yang sememangnya aktif dan cekap pengurusannya seperti pihak BADAR KISAS,dapat berkongsi kepakaran serta membimbing badan-badan dakwah di SBP yang lain.

3.SBP melahirkan para pemimpin negara.Apa yang lebih pasti,pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan negara ini adalah adalah insan-insan yang bakal mendukung Islam sebagai agama mulia dan teragung di negara ini.Memang rugi jika pemimpin negara dalam pelbagai peringkat yang dilahirkan adalah mereka yang gagal mendaulatkan maruah Islam dan mempraktikkan nilai-nilai kesyumulan Islam.

4.Umat Islam sering dilanda masalah tidak kira pada peringkat apa sekalipun.Apabila Islam ditimpa masalah sahaja,umatnya wajib bangkit menyelesaikannya.Begitulah situasinya dalam keluarga SBP.Masalah yang muncul perlu dibincangkan bersama agar penyelesaian yang terbaik dapat disepakati.Bahkan pendirian warga SBP dapat dibentuk dalam menghadapi masalah yang menimpa Islam dalam semua peringkat.

5.Pertukaran pandangan,pendapat,idea,kritikan,nasihat dan cadangan amat menguntungkan Islam sendiri.Bahkan Rasul junjungan pernah menyatakan bahawa , "Ad-din an-nasihah".
Agama Islam itu subur dengan nasihat sesama umatnya.Dalam konteks ini,dengan adanya medium penyatuan melalui PPI SBP ini nilai saling menasihati ini dapat dipraktikkan bagi meningkatkan kualiti dakwah dalam SBP.Setiap ahli PPI SBP yang mewakili badan dakwah sekolah masing-masing berhak untuk menyuarkan pendapatnya dan juga meminta pandangan serta pertolongan daripada rakan-rakan seperjuangannya dalam PPI SBP ini.

6.Tiap tahun,Nadwah Kepemimpinan Islam SBP dilaksanakan.Pada tahun 2006,telah 27 siri nadwah yang telah dilaksanakan dan berjaya melahirkan pemimpin Islam yang hebat dalam segenap bidang.Namun perkara yang pastinya berlaku adalah selepas nadwah diadakan,peserta-pesertanya terpisah dan seolah-olah tiada medium penyatuanya.Kekuatan berjamaah yang telah dibentuk semasa nadwah hilang sama sekali.Masing memilih haluan masing tanpa menghidupkan kembali ukhwah yang telah terbentuk semasa nadwah.Oleh sebab yang demikian,dengan adanya PPI SBP ini,bekas peserta nadwah tidak kira pada tahun bila sekalipun dapat disatukan serta semangat ukhwah yang telah terbentuk dahulu dapat dihidupkan semula.

Perkara-perkara di atas adalah sebahagian daripada perkara-perkara penting berhubung PPI SBP.

> Keahlian PPI SBP telah mencapai angka 55 orang yang terdiri daripada beberapa sekolah iaitu :

1.Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)
2.Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
3.Sekolah Seri Puteri (SSP)
4.Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)
5.Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah(SEMSAS)
6.Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SMSPP)

> Buletin PPI SBP yang bernama "As-Siasah" edisi pertama telah diterbitkan namun usaha penghantarannya menghadapi kesulitan terutamanya dari aspek kewangan.

>Setiap ahli amat diharapkan dapat memberikan sokongan padu demi kemaslahatan bersama.Sumbangkanlah tenaga,wang kepakaran dan sebagainya.

>Selalulah mengunjungi blog ini dan kembangkanlah pengaruhnya.Biar lebih ramai yang menyertainya.

>Jika ingin berkongsi perkara yang ingin diposkan dalam blog ini,hantarkannya ke email PPI SBP iaitu:
ppisbp@yahoo.com

>Selulah berhubung dengan sekretariat PPI SBP melalui email tersebut.Semoga usaha ini akan terus berkembang pesat dan diredhai ALLAH.

Ana,

Alfaqir ilallah.

posted by siasah_sbp @ 9:01 PM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Editor GAPIS

Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).

Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.

Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.

Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh karisma.   

Amira

Merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah. Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.

Hani

Berasal dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang terkini menggantikan seniornya saudari Amira.

Mengenai Blog

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin tersebut.

APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi, termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen , Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam,  dan lain-lain.

APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.

Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.

Hubungi Kami

Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau  Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.


Web This Blog

 

Laman Utama | Profil | Koleksi Foto | Forum | GAPIS E-GROUP | PKPIM |


Powered By

Powered by Blogger
make money online blogger templates