Bagaimana nak menyertai Alumni Pelajar Islam SBP?

Anda amat dialu-alukan untuk menyertai usaha ini.
Anda boleh mendaftar melalui e-mail,dihantar ke e-mail sementara alumni ini iaitu: ppisbp@yahoo.com.

Dalam e-mail tersebut,anda diminta untuk menyertakan butiran berikut:
1.Nama
2.No. Kad Pengenalan
3.Alamat Rumah
4.No. telefon (Rumah dan Telefon Bimbit)
5.Sekolah (bekas sekolah bagi bekas pelajar)
6.E-mail yang boleh dihubungi
7.Cadangan,pandangan,komen serta komitmen yang akan diberikan.

posted by siasah_sbp @ 12:05 AM, ,

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)

APIS merupakan nama baru bagi PPI SBP (Persatuan Pelajar Islam SBP)(yang seterusnya dinamakan GAPIS-Gabungan Pelajar Islam SBP)yang mula digerakkan secara tidak rasmi pada awal tahun 2006.

Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada warga pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dilakukan demi manfaat bersama.

Sehingga kini,APIS bukanlah satu badan atau pertubuhan rasmi yang berdaftar dengan pihak kerajaan.APIS sekadar pergerakan secara tidak rasmi yang bermatlamat untuk menghidupkan usaha dakwah dalam kalangan SBP melalui kerjasama antara sekolah,diskusi,pertukaran idea dan artikel,perkongsian masalah dan sebagainya.

APIS juga berperanan untuk menjadi medium bagi penyatuan bekas pelajar SBP peserta Nadwah Kepemimpinan Islam SBP (sebagai alumni) yang akan memberikan memberikan mereka pendedahan awal kepada gerakan Islami yang lebih tinggi dalam dunia kampus nanti.Pada masa yang sama juga,bekas-bekas pelajar SBP yang menyertai GAPIS juga diharapkan dapat menggilapkan kemahiran memimpin yang sudah dimiliki semasa memimpin organisasi badan dakwah semasa di sekolah lama dahulu.


Insya ALLAH,dengan usaha secara berterusan,bersungguh-sungguh dan melibatkan banyak pihak,idea murni gerakan APIS ini dapat dimantapkan serta diluaskan skop peranan dan penglibatannya dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman Islam dalam kalangan pelajar khususnya dari SBP.

Buat makluman antum,sehingga kini ahli yang mendaftar untuk menyertai APIS adalah sebanyak 114 orang.

Mereka mewakili sekolah berikut:
1.Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
2.Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu(SMAPL)
3.Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD)
4.Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
5.Sekolah Seri Puteri (SSP)
6.Sekolah Tun Fatimah (STF)
7.Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan (SEMSAS)
8.Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh (SMSPP)
9.Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS)

Harapan daripada pihak pimpinan APIS semoga penyertaan dan makluman mengenai APIS ini dapat diluaskan dari masa ke masa.

posted by siasah_sbp @ 6:50 PM, ,

Ayuh Cerakinkan Tekno Daie!

Assalamualaykum wbt.

Salam Ukhwah dilestarikan buat adik-adik GAPIS.
Alhamdulillah jam pukul 1.55 pagi kami (saya & Effendy) masih mampu bersengkang mata setelah selesai membuat sedikit dari usaha kami untuk membantu komitmen adik2 mencerakinkan usaha dakwah melalui wadah teknologi blog ini.

Hmm... seronok dapat bantu adik-adik sekalian sehingga kami tidak perasan sejak pukul 10.00 pagi tadi kami berdua asyik menghadap komputer. Abg Fendy pula yg bertolak dari KL jam 9.00 malam mengembara ke Kelantan dan lebih kurang jam 4.30 pagi abang jemput dia ke rumah abang, Beliau tidak putus-putus dok cerita tentang komitmen adik-adik (sekarang ni pun masih tak tidur lagi.....maklumlah dia dah qadha petang tadi..hehe) akhirnya terimalah hasil yang tak seberapa dari kami untuk adik-adik GAPIS sekalian.

Apa yang abg harapkan, walaupun abg tidak mengenali lebih dekat adik-adik semua, namun kerana tugas kita yang sama ( menegakkan syiar Islam) ,abang terasa ruh ukhwah antara kita. Sebagaimana kita terasa ruh ukhwah saudara kita di Palestin yang berusaha menegakkan Agama Allah di sana dengan cara mempertahankan sedaya upayaTanah Suci Baitul Maqdis (Kalau tak terasa mungkin ada something wrong kan?).


Nasihat abang jangan jadikan hari ini, hanya utk menunggu hari esok. Rancanglah sesuatu. Semoga sesuatu itu dapat kita perjuangkan bersama...Oleh itu cernakan idea melalui gerak daya.. dunia yang global disulami deras arus perdana sentiasa merindukan pemikiran baru yang ideal..seperti adik-adik semua..

Teringat akan kata-kata seorang mantan Presiden PKPIM yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia : "

Generasi Muda perlu digerakkan dengan kesedaran dan galakan dalam diri bahawa kita wajib bertindak merubah masyarakat, bukan orang lain, bukan kelompok asing , bukan negara lain. Generasi Muda perlu menjadi generasi yang mampu menganjurkan pembaharuan dalam masyarakat.

Akhir kata adik-adik, selalulah merenung wawasan. Kerana generasi yang selalu merenung wawasan selalu akan melakukan perubahan dalam masyarakat.

Wassalam.

Dari seorang Pemuda,
Mohd Faizul Afzan Mamat (Fityan)
[ Jom Lawat Blog saya!! ]

posted by siasah_sbp @ 10:48 AM, ,

Kebangkitan Teknorat Dai'e Kekuatan Ummah!

Assalamualaikum w.b.t

Pengembaraan abang dari Kuala Lumpur ke Kelantan akhirnya membuahkan hasil jua kerna terbitnya sebuah blog yang diharapkan menjadi medan perjuangan kepada adik-adik GAPIS untuk terus berjihad dakwah secara maya dan diintepretasikan ke dunia realiti.

Terhasilnya blog ni hasil perjumpaan dengan saudara Ikhwan dan Azharul yang kelihatan begitu komited untuk menggerakkan GAPIS yang dibantu oleh sahabat-sahabat SBP mereka yang lain seperti Amira dan Hani.

Tidak ada apa yang ingin diluahkan melainkan agar adik-adik terus istiqamah dalam perjuangan Islam dan menjadi pejuang dan pemimpin Islam sehebat Sultan Muhammad Al-Fatih yang menguasai Constantinople ketika baru berusia 23 tahun dengan menumpaskan kuasa besar dunia waktu itu iaitu Kerajaan Rome.

Ingatlah pesanan Syeikh Karim Zaidan yang merupakan tokoh ilmuwan Islam bahawa "Pelajar Cemerlang Islam Mukmin" itu memerlukan tiga kehebatan:-

1. Kehebatan akademik. 2. Kehebatan sahsiah
3. Kehebatan dalam usaha dakwah

Jika sekadar hebat akademik tapi buruk sahsiah. Maka dia akan menjadi perosak masyarakat. Jika sekadar hebat akademik dan baik sahsiah tanpa usaha dakwah... Dia hanya menjadi orang biasa yang hidup sia-sia tanpa memberi manfaat pada orang lain di kala dunia memerlukan sangat sumbangan mereka. Jadilah pelajar Islam yang memiliki ketiga-tiga kehebatan. Maka barulah sempurna gelaran seorang "Pelajar Cemerlang" itu.

Pesan abang untuk diri sendiri dan adik-adik yang dikasihi sekalian...

Suburkanlah budaya Spiritualisme, Intelektualisme, Idealisme dan Aktivisme dalam diri kita demi mengejar Mardhotillah di Yaumal Masyar kelak. Kerna kita ingin kembali ke Kampung Akhirat di Jannatullah yang abadi. Itulah destinasi dan matlamat akhir kita umat Islam.

Akhir kata... "Hidup biar berjasa. Mati biar beriman."

Akhirul kalam. Wassalam

Hamba Allah yang dhoif,
Effendy bin Zulkifly
X-MCKK

my blogs:-

http://serbanputih.blogspot.com
http://jutawan35.blogs.friendster.com



posted by siasah_sbp @ 10:47 AM, ,

Jangan Campur Aduk Agama

assalamualaikum.
ini ader artikel untuk dikongsi bersama alhi ppisbp.
artikel ini adalah nukilan brother nawawi.
dan bagi pendapat anti amat sesuai untuk golongan pada masa kini memahami aplikasi islam di dalam kehidupan seharian.
dan agama bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan.
mengaku sebagai seorang muslim tetapi masih lagi tidak membaiki diri sendiri. inilah masalah remaja pada hari ni..
memang benar setiap muslim pernah melakukan kesalahan atau dosa.
namun, ruang utnuk memperbaiki diri itu amat diperlukan.
contoh yang diberikan oleh brother nawawi adalah amat jelas sekali oleh artis-artis tanah air.
remaja dan pemimipin pada masa ini hendaklah memahami islam sebenarnya.Janganlah Campur-campur, Kerana AGAMA BUKANLAH ROJAK!

As-salaamu ‘alaikum…

Sejak dulu lagi aku nak ulas benda ni. Em, sekarang kampus mana-mana IPTA pun sedang bercuti. Jadi, aku pun turut sama bercuti. Cuma aku belum balik ke kampung je. Aku tinggal kat rumah kawan aku jap. Aku lepak-lepak dengan kawan-kawan yang dah bekerja ni.

Em, apa pun bukan itu persoalannya. Ok, ceritanya… Bila time cuti-cuti macam ni, aku pun berpeluanglah untuk menonton TV, coz ada masa yang terluang walaupun tak banyak. Tadi malam aku tengok mentor (di TV 3, jam 9.00 mlm). Dan sebenarnya isunya bukan sahaja pada mentor, malahan kebanyakan drama TV, filem, dan lain-lain rancangan TV. Dan jika diluaskan skopnya, bukan juga terhad kepada rancangan di TV, malahan di sekitar aktiviti kawan-kawan aku sendiri.

Ok, isunya ialah persoalan penyalahgunaan perkataan atau kalimah suci zikirullah. Isu ni cukup menyedikan aku. Coz, mereka seolah-olah sedang mencabar ALLAH dan merobek kesucian Islam. Em, Kalimah yang aku maksudkan adalah seperti:

Alhamdulillah…

Astaghfirullah…

InsyaALLAH…

Na ‘Uzubillah…

Bismillah…

Dan mungkin banyak lagi yang lain-lain malahan isu kubur dan al-Qur’an pun disalah gunakan. Sebagai contoh tadi malam, salah seorang ‘protégé’ mentor telah menyelitkan satu segmen khas ‘menziarahi kubur’ bagi mengisi slot Mentor. Aku pun tak tau apa motifnya. Dari segmen (Mentor) yang berunsurkan ntah apa-apa tu, yang mana amat jauh dari batas element Islam, tiba-tiba diselitkan satu element yang berbentuk kesedihan. Di-adun dengan lagu dan lakonan yang menggambarkan kesedihan. Adalah slot tu memakan masa lebih kurang 3 ke 4 minit. Tapi, peliknya tak pulak menimbulkan keinsafan kepada mereka. Lepas tu, jadi macam biasa jugak… Maksudnya, mati langsung tidak mengingatkan mereka supaya bertaubat dari kerja-kerja mereka.

Baiklah, berbalik kepada isu kalimah tadi. Em, banyak artis-artis kita mahupun dari kalangan masyarakat kita sewenang-wenangnya menggunakan kalimah-kalimah tadi untuk perkara-perkara yang telah jelas haram. Sebagai contoh, dalam satu slot drama yang berpeluk-pelukan atau setidaknya berpegangan tangan. Kemudiannya mereka berlafaz janji, ‘InsyaALLAH kita pasti bahagia’... ‘InsyaALLAH kita akan kahwin’... selain dari itu, yang mana biasanya kita lihat pula di dalam suatu anugerah industri muzik atau perfileman mereka. Mereka seringkali mengucapkan (melafazkan) , ‘Alhamdulillah. .. Syukur... Allah murahkan rezeki’ tatkala menerima anugerah. Padahal apa yang mereka lakukan tu adalah jelas salah disisi agama. Mana mungkin kerja-kerja haram, disusuli dengan kalimah kesyukuran Alhamdulillah. Sepatutnya mereka melafazkan kalimah taubat, dan segera meninggalkan kerja haram itu.

Ada yang bertanya, kenapa pulak haram? Jawabannya, dalam kerja-kerja lakonan dan bidang nyanyian, mereka sebenarnya bukan sekadar berlakon, malahan melakukan perkara yang jelas haram. Berikut saya nyatakan 3 daripadanya:

Berpegangan tangan, dan berpelukan di antara lelaki dan wanita. Hal ini jelas haram di sisi agama. “Bahawa sesungguhnya adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu seorang wanita yang tidak halal baginya.” (Hasan: Hadis daripada Abi Umamah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir)

Sengaja mendedahkan aurat. Dan paling teruk, sanggup menjadikan auratnya sebagai bahan pelaris atau sumber kewangan mereka. “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan auratnya kecuali kepada mahramnya” (an-Nuur (24): 31), Rujuk juga al-Ahzaab (33): 32 & 59)


Sengaja menimbulkan syahwat di kalangan penonton awam dengan pelbagai aksi yang menghairahkan yang mana kebiasaannya dilakukan oleh artis wanita (tidak kira samaada di TV atau di media-media cetak). Em, tak mustahillah (tak hairanlah) masyarakat kita jadi longlai dan budaya seks bebas serta kes rogol meningkat. “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (al-Isra’ (17: 32), “... Berjayalah.. . orang-orang yang menjaga kemaluannya (syahwatnya) ... (al-Mukminun (23): 1-5)

Saranan aku kepada mereka, hentikanlah perbuatan menghina ALLAH dan Islam. Janganlah kamu cuba walaupun sekali-kali mencabar batasan yang ALLAH hadkan itu. Perbuatan kamu hanya mencemarkan nama Islam dan lebih sedih, sebenarnya ia menghancurkan aqidah kamu sendiri. Dan paling teruk, sebenarnya kamu sedang mencabar ALLAH.

Kamu melakukan benda yang haram, tapi kamu ucap syukur. Kamu melakukan kerja yang haram tetapi kamu berdoa supaya ALLAH mengizinkan kamu berjaya. Kamu tau kerja yang kamu nak buat tu haram, tapi kamu ucap nama ALLAH, seolah-olah nak perli ALLAH (nak cabar ALLAH, seolah-olah kamu tidak takut dengan larangan ALLAH)! Apa semua ni? Hentikanlah! ...

Perumpamaan kamu sebenarnya tidak jauh berbeza seperti:

Seolah-olah kamu mencuri ayam, kemudiannya bila kamu nak makan, kamu sibuk nak sembelih. Padahal, ayam tu tetap jugak haram kerana datang dari hasil curian.

Ataupun, kamu beli makanan dengan duit rompakan, tiba-tiba masa nak makan, kamu mulakan dengan Bismillah... (siap baca doa lagi...)

Em, kamu sensitif (melenting) bila dihidangkan dengan babi sebagai makanan (rujuk isu sosej, dan makanan yang dicampur dengan material khinzir), tapi kenapa kamu tak sensitif dengan sumber kewangan kamu yang bercampur aduk tu? Padahal yang haram tetap haram... sama saja kes nya, cuma berbeza situasi. Apakah hanya tinggal babi sahaja yang haram?

Em, Carilah kerja yang baik-baik...

Akhir pena dari aku, renungilah terjemahan maksud bebarapa ayat ini:

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil (mungkar) dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (al-Baqarah (2): 42)

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. .. (al-Mukminun (23): 1-5)

Bersegeralah kepada Taubat:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera (setelah menyedarinya) , maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa’ (4): 17)

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang." Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih. (an-Nisa’ (4): 18)

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (Ali Imran (3): 135)

ALLAHU ‘alam...



“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar (30): 9

posted by siasah_sbp @ 6:12 PM, ,

Engkau-Kah Pencinta Wanita?

Engkau-Kah Pencinta Wanita?

Artikel ini adalah sumbangan BADAI SSP,CYBERJAYA


As-Salaa mu ‘Alaikum…

Em, semalam semasa aku balik dari library, ketika sampai sahaja di rumah sewa kawanku. Aku terpandang dan terdengar sebuah klip video lagu ‘aku memang pencinta wanita… namun ku bukan buaya… aku memang pencinta wanita… yang lembut seperti dia… bla, bla, & bla lagi..’ huhu, aku pun terlayan lah sekali… em, yap sampai habis.

Selepas je habis lagu tu, aku terus terbaring. Fikiran terus melawang memikirkan beberapa rangkap lagu tadi. Em, Setakat manakah kau mencintai wanita? Kalau difikir-fikirkan dan diteliti daripada klip video tu, aku confius sangat-sangat. Adakah wanita yang macam tu kau nak cintai bagai nak rak... kalau aku, rasanya kau patut rasa kasihan atau pun simpati, tapi bukan mencintai.

Memang patut kita kasihankan wanita yang macam tu. Kerana, di samping si lelaki-lelaki yang memakai baju yang penuh bergaya... em, bergaya ker? Boleh la juga dikata bergaya, em, kira pakaian yang ok la... (compare dengan si wanitanya) si wanitanya pulak memakai pakaian yang aduhai... terkoyak sana dan sini. Terabak di bawah dan terlondeh di atas. Tu yang aku kasihan tu. Then, tayang sana, tayang sini... huhu, malu aku nak mencintai wanita sepertinya.. .

Begitu murah harga badannya untuk ditayang dan dieksploitasi ke sana dan ke mari. Bagi aku, wanita macam tu sebenarnya dah tak ada harga dah. Senang sangat untuk tengok aurat-nya. Free jer kan…

Then, aku terus termenung memikirkan… ‘macam sama je gambaran dengan wanita-wanita jahiliyyah ketika sebelum kedatangan Islam’. Yang mana menurut Imam Mujahid (dalam menafsirkan ayat ke-33 surah al-Ahzaab), “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Then, Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Huhu, menakutkan. Wanita sekarang semakin mencintai kejahilan (dalam ber-agama). Ingin kembali kepada dunia jahiliyyah. Mereka dah mula menolak kemurnian dan kesempurnaan. Mana tidaknya... di kala lelaki berpakaian elok-elok menutup seluruh badan dan tubuhnya, tiba-tiba si perempuannya berpakaian ‘pelik’. Pelik... kerana dibuka sana dan sini. Macam manusia sakai (purba), cuma berbeza pada textile tapi gaya (fesyen) tetap sama. Hanya ditutup pada sebahagian bahagian tubuh tertentu sahaja. Manakala sebahagian bahagian lain dibuka untuk tanyangan umum (U) dan tanpa sensor.

Aku terus melawang dan berfikir, di kala zaman awal kedatangan Islam, Islam turut datang dengan syariat untuk menyelamatkan wanita di zaman jahiliyyah ketika itu. Di kala bayi-bayi perempuan yang baru lahir dibunuh sesuka hati (berdasarkan adat mereka), Islam datang menegah supaya jangan dibunuh bayi yang tiada dosa itu. (Boleh rujuk Surah at-Takwiir (81): 8-9).

Dan di kala wanitanya dijadikan bahan pemuas nafsu semata-semata, Islam datang melindungi wanita dengan syariatnya yang syumul. Wanita bukan lagi simbol seks dan barangan eksploitasi mainan lelaki. Wanita dilindungi dengan pakaian yang baik-baik. Wanita dilindungi dengan jilbab dan kain tudung. Wanita dicintai dengan cara yang sebaik-baiknya. Wanita diberikan ilmu dan ruang untuk membina peribadi yang unggul. Wanita menjadi pembimbing (pengasuh) utama dalam membina dan melahirkan generasi manusia cemerlang dalam pelbagai bidang. (Rujuk Surah an-Nuur (24): 31, al-Ahzaab (33): 59), (al-Hujuuraat (49): 13), (at-Taubah (9): 71).

Ia sungguh memperlihatkan kepada kita betapa hebatnya impact kedatangan Islam ke tanah arab pada masa itu. Daripada wanita yang dianggap tidak punya nilai, Islam datang menjadikan wanita aset insani (modal insanlah kiranya) yang sangat tinggi nilai dan martabatnya di dalam dunia yang sedang membina tamadun. Islam memperjuangkan hak kesamarataan tanpa mengira lelaki dan wanita, Islam mementingkan aspek taqwa dan keimanan. (Rujuk Surah al-Hujuuraat (49): 13)

Namun, kini... apa dah jadi ni... para wanita dah lupa semua sejarah-sejarah tu ke? Atau tak ambil tahu langsung? Mereka lebih enak dibuai kejahilan dan nafsu buas bersama si lelaki sampah. Em... carilah lelaki yang baik-baik...

Aduhai wanita, marilah bangkit semula dan berpegang kepada perundangan Islam yang sangat sempurna bagi tujuan membina peribadi–mu.. . peribadi seorang muslimah sejati. Bagi meraih keredhaan yang hakiki... keredhaan Ilahi.

Jagailah dirimu... suatu aset yang amat tinggi nilainya. Jika engkau sendiri yang tidak menjaga dirimu dan tidak memperhiasi dirimu dengan akhlak Islami... siapakah lagi yang akan bertanggungjawab melindungi-mu dari segala ancaman buas nafsu duniawi yang hanya memperdayakan ini. Ingatlah, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran, (3): 185)

Aduhai wanita, andainya dirimu habis ternoda… maka itu adalah silapmu sendiri kerana engkau yang alpa…

Renungilah maksud ayat ini;

“Maka janganlah kamu melunakkan (mengghairahkan) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (al-Ahzaab (33): 32)

“Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya (pakaian yang menutup aurat dengan baik) ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal (pembeza keimanan – muslimah), karena itu mereka tidak di-ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab (33): 59)

Ayat ini menerangkan mesej yang sangat jelas kenapa hari ini terlalu banyaknya gejala buruk menimpa wanita.

Maka... jelaslah di sini siapa sebenarnya ‘PENCINTA WANITA’ yang hakiki. Iaitulah ALLAH melalui syariatnya.. . Islam.

Dan, kepadamu lelaki... bukan semudah yang disangka untuk memiliki wanita (bukan hanya dengan cinta), perlulah melalui perundangan yang sah. Bukan main tibai jer... Jika benar anda pencinta wanita, buktikan dengan etikanya.

Em... wanita, jadilah wanita yang baik-baik... demi masa depan anda!

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah an-Nuur (24): 26)

Allahu ‘alam... (habis sudah ku termenung... )

posted by siasah_sbp @ 6:06 PM, ,

Daripada Hani Izzati

Artikel ini adalah sumbangan Hani 'Izzati daripada BADAI,SSP.

assalamualaikum w.b.t.



tujuan sebenar ana hantar e-mail untuk request pihak ppi sbp untuk buat muhasabah tentang kerohanian pelajar terutama students sbp. ana amat berharap pihak anta dpt buat sebaran sebaran am or anything yang dpt membantu bdn dakwah di sbp agar tidak memandang ringan tentang perkara ini..

sudah terbukti, dah ada dlm kalangan students sbp y murtad . nauzubillahiminzalik........

students perlu didedahkan dengan ajaran aqidah islam yang sebenar. so that, nahnu dpt hayati dan jalani cara hidup islam y betul. bagi y berilmu tlglah share.

ade beberapa perkara lagi y ana nak ajukan dan ana berharap pihak ppi sbp dpt bg response melalui blog spot siasah sbp:

a) program y boleh dijalankan unt imarahkan surau
b) naqibah @ imam......sejauh mana peranan mereka dan tahukah mereka akan peranan y perlu dipikul
c) muamalat antara muslimin dan muslimat
d) usrah .......pelaksanaan dan sejauh mana keberkesanannya terhadap students


jazakallahukhaira kathiran sbb sudi meluangkan masa untuk tinta yang dhaif ini.
insyallah dakwah islam akan kembali mekar atas bumi Allah jika kita sama2 memainkan peranan kita sbg khlifah d muka bumi ini.......

min,
akhafullah
hani 'izzati
badai ssp

posted by siasah_sbp @ 1:19 AM, ,

Editor GAPIS

Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).

Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.

Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.

Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh karisma.   

Amira

Merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah. Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.

Hani

Berasal dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang terkini menggantikan seniornya saudari Amira.

Mengenai Blog

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin tersebut.

APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi, termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen , Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam,  dan lain-lain.

APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.

Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.

Hubungi Kami

Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau  Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.