APIS Kini Mempunyai Laman Web Sendiri

Assalamualaikum kepada semua.

Sukacita dimaklumkan bahawa kini Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) mempunyai laman web sendiri iaitu http://www.apis.com.my/

Sehubungan dengan itu,laman weblog ini bakal tidak digunakan lagi.Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang banyak membantu menghidupkan laman weblog APIS ini,terutamanya Akhi Afzan dan Akhi Effendy.

Amat diharapkan agar semua dapat memberikan kerjasama untuk meluaskan makluman mengenai laman web rasmi APIS (http://www.apis.com.my/) kepada masyarakat terutamanya kepada para pelajar SBP dan juga lepasan SBP.

Wallahu 'alam.Syukran kasiran.

posted by siasah_sbp @ 9:51 PM, , links to this post

Program Menara Gading APIS


Saudara/saudari
JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA PROGRAM MENARA GADING ALUMNI PELAJAR ISLAM SBP (APIS)

Didoakan agar kalian berada dalam keadaan sihat walafiat. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan PROGRAM MENARA GADING.

Untuk makluman kalian, program ini diadakan sebagai salah satu langkah persediaan kepada para pelajar lepasan SPM sebelum memasuki ke alam universiti kelak.
Sehubungan itu, kami ingin menjemput kalian sebagai peserta program tersebut. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan tentatif:

Tempat:Kompleks Anjung Rahmat,Batu 6 Jalan Gombak,Kuala lumpur
Tarikh:13-15 April 2007
Hari:Jumaat hingga Sabtu


HARI JUMAAT
2.00 petang Pendaftaran peserta
4.30 petang Solat Asar berjemaah
Bacaan Al-Ma`thurat
6.00 petang Sesi taaruf
6.30 petang Makan petang
Persiapan diri
7.30 petang Solat Maghrib berjemaah
Kuliah Maghrib @ usrah
8.30 malam Solat Isyak berjemaah
9.30 malam Kuliah Dasar 1
(FALSAFAH UNIVERSITI)
Penceramah : Dr Mohd Farid Shahran
11.30 malam Makan malam
12.00 malam Rehatkan minda
HARI SABTU
4.00 pagi Qiamullail
Solat Subuh berjemaah
Bacaan Al-Ma`thur
Tazkirah Subuh
7.30 pagi Sarapan
8.00 pagi Perasmian Program
(Presiden PKPIM)
-Ucapan Pengarah Program
-Ucapan Presiden APIS
10.00 pagi Kuliah Dasar 2
(PEMBUDAYAAN ILMU)
Penceramah : Dr Asyraf Wajdi
12.00 tgh hari LDK 1
1.00 petang Makan tengah hari
Solat Zohor berjemaah
2.30 petang Kuliah Dasar 3
(MEMBINA KARISMA & KEPIMPINAN)
Penceramah : Saudara Naim Jaafar
LDK 2
4.30 petang Solat Asar berjemaah
Bacaan Al-Ma`thurat
5.30 petang Riadhah
6.30 petang Makan petang
Persiapan diri
7.30 malam Solat Maghrib berjemaah
Kuliah Maghrib @ usrah
Solat Isyak berjemaah
9.30 malam Kuliah Umum
(CABARAN PELAJAR ISLAM)
Penceramah : Dato’ Seri (Dr) Harussani Zakaria
11.30 malam Makan malam
12.00 malam Rehatkan minda
HARI AHAD
4.00 pagi Qiamullail
Solat Subuh berjemaah
Bacaan Al-Ma`thurat
7.30 pagi Sarapan
8.30 pagi Kuliah Dasar 3
I (PALESTIN SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT PERJUANGAN
REMAJA ISLAM)
Penceramah : Saudara Jufitri Joha
10.30 pagi LDK 3
(PROGRAM KHAS APIS)
11.30 pagi Majlis penutup
12.00 tgh hari Makan tengah hari
Bersurai

Untuk tujuan penyertaan,yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 bagi menampung kos perbelanjaan dan makan minum sepanjang program 3 hari dan 2 malam tersebut.

Justeru, kami sangat berbesar hati sekiranya kalian dapat menghadirkan diri bagi melancarkan perjalanan program.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut, kalian boleh menghubungi Sdr Mohd Fadhil Mohd Noor di talian 019 2343 881 atau Sdr Ahmad Muzakkir Ahmad Tajuddin di talian 013 6004 178. Segala perhatian dan kerjasama kalian amat kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Wassalamu’alaikum Wrt. Wbr.
“ HIDUP BIAR BERJASA ”
Yang benar,
t.t
(MOHD FADHIL BIN MOHD NOOR)
Pengarah Program Menara Gading
Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)
s.k.: Pengerusi APIS
: Setiausaha Agung PKPIM

posted by siasah_sbp @ 9:50 PM, , links to this post

MAKLUMAN PENTING

Untuk pengetahuan semua, pada hari Sabtu ini,akan diadakan satu liqa'khas.Maklumat seperti berikut:

TARIKH :24 MAC 2007
MASA :9.30 PAGI
TEMPAT :ANJUNG RAHMAT,GOMBAK
AGENDA :PENYELARASAN PROJEK,PROGRAM MENARA GADING,
PROJEK AMAN PALESTIN, DAN PEMBENTANGAN KERTAS
KERJA OLEH PENASIHAT APIS,AL AKH MUHAMMAD ABD RAZAK.

KEHADIRAN:SEMUA MAJLIS TERTINGGI APIS,KETUA LUJNAH.
AHLI APIS YANG MEMPUNYAI KELAPANGAN MASA
SANGAT DIALU-ALUKAN UNTUK HADIR.

Labels:

posted by siasah_sbp @ 1:15 AM, , links to this post

c0upLe hArAm ??

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Apa Itu Ber’couple’?

Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.

Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.


Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’ “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”** (Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim, hadis ke 2282)

Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya. Firman Allah, “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” Surah An-Nuur(24) ayat 26. Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah, “Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38.

Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.


Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22). Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 : “Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah,“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151. Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23, ” Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam..



Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

posted by siasah_sbp @ 6:37 AM, , links to this post

iStiQamaH

Jika kita bercakap mengenai istiqamah,apa perkara pertama yang terlintas??Mungkin sebahagian akan memikirkan mengenai suatu ketetapan pendirian yang berteraskan disiplin agama yang teguh.Istiqamah juga berkaitan dengan kepatuhan,ketaatan dan ketekunan menjalankan amanah Allah di muka bumi ini.Selain itu,dalam apa jua keadaan sekalipun,istiqamah dapat bertukar menjadi suatu daya kekuatan dalam diri untuk mengharungi segala dugaan.

Seorang sahabat nabi pernah bertanya,'ya Rasulullah,jelaskan kepadaku mengenai Islam,supaya saya tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain'.Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda,'(islam itu adalah)kamu berkata aku beriman kepada Allah dan beristiqamah'

Ini jelas menunjukkan bahawa istiqamah adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dalam agama Islam.Antara perkara yang disarankan untuk mendidik diri supaya sentiasa istiqamah ialah :

1. Banyakkan berdoa
Doa adalah senjata umat Islam.Dengan doa kepada Allah yang tidak putus,insyaAllah kita dapat mengarungi segala cabaran dan dugaan yang Allah sediakan kepada kita kerana 'tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia tidak diuji'.

2. Cari sahabat sefikrah
Sahabat adalah antara orang yang mampu mempengaruhi hidup seseorang baik secara positif mahupun negatif.Bersahabatlah dengan mereka yang komited dalam menyebarkan dakwah dan sentiasa istiqamah ke arah kebaikan.Ini juga dapat menjadi sumber kekuatan untuk bergerak menegakkan kebenaran.

3. Letak matlamat
Setiap perkara yang kita lakukan mestilah didahului dengan niat atau boleh juga dikenali sebagai matlamat.Matlamat seorang muslim dalam pekerjaannya adalah untuk mendapat keredhaan Allah.Sebaik-baiknya tulis matlamat yang hendak dicapai dan pamerkannya di tempat yang jelas kelihatan agar kita tidak alpa dan lalai dengan urusan yang boleh mangganggu keinginan untuk beristiqamah.

4. Muhasabah diri
Cara ini juga amat berkesan untuk mengembalikan manusia ke jalan yang sebenar.Muhasabahlah diri melalui kisah-kisah sahabat nabi yang amat istiqamah dalam mempertahankan keislaman mereka seperti Bilal bin Rabah.Moga kita juga akan terdorong untuk turut sama berpegang kepada Islam dengan seteguhnya.

Sebenarnya,banyak lagi cara yang boleh dipraktikkan dalam mencapai istiqamah dalam diri sendiri.Ingatlah,Allah sentiasa memerhatikan setiap amalan kita.Jangan sekali-kali mengikut petunjuk nafsu yang boleh membawa kita ke lembah kehinaan.Syaitan juga tidak akan berputus asa untuk melalaikan umat nabi Muhammad.Mohonlah perlindungan dari Allah,kerana Allah sebaik-baik tempat berharap.Moga rahmat Allah sentiasa mengelilingi kita...amin.wassalam

posted by siasah_sbp @ 12:22 AM, , links to this post

UjI DiRi

Assalamualaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh

Moga-moga kita semua dirahmati ALlah SWT

Cume nak tarik perhatian kite-kite dgn al-Quran. Berapa cepat kita boleh jawab atau imbas fakta mengenai al-Quran?

1) Jumlah surah dalam al-Quran.

2) Jumlah juz dlm Quran.

3) Jumlah surah-surah Makkiyah dan surah-surah Madaniyyah.

4) Nama surah pertama, tengah dan terakhir.

5) Surah terpanjang dan terpendek.

6) Ayat pertama dan terakhir diturunkan.

7) Turutan nama-nama surah dlm al-Quran daripada awal sehingga akhir.

8) Berapa banyak ayat yang kita hafaz daripada al-Quran (dgn tajwid yg betul)?

9) Siapakah yang mencadangkan catatan al-Quran dibukukan? Kenapakah beliau mencadangkan al-Quran dibukukan?

10) Sebanyak manakah kita membaca al-Quran dalam sehari?

Soalan-soalan ni bukan nak mencabar sesapa. Bukan untuk berlagak. Kalo nak kata kuiz, bolehla dikatakan kuiz utk diri sendiri. Soalan ini utk KITA semua, termasukla teman. Buat renungan....

Kalo orang tengah bercinta, kita mintak 10 soalan kenapa dia cinta kekasih dia ke, pasal peribadi / ciri-ciri kekasih dia ke, jangankan 10, kekadang 100, x pon 1000 dia buleh kasi. Maklumlah, asyik & kemaruk!

Tapi, kalo 10 soalan pasal Quran ni pon kita 'fail', siapa yang kita CINTA sebenonye?.. .....

(cetusan rasa sempena musim cinta yang bakal menjelang... .
1402 - Musim Cinta yang Sesat lagi Menyesatkan)

posted by siasah_sbp @ 9:56 PM, , links to this post

Iman

Assalamualaikum wbt.
Apakah itu iman? Iman yang rukun iman tu ke? Ala, yang ade enam perkara tu kan? Sesungguhnya iman bukan sekadar yang enam sahaja, itu jika dan hanya jika dilihat secara kasar. Ironinya, melalui keenam-enam perkara tersebut kita boleh mengklasifikasikan iman dalam aspek yang sangat luas. Di dalam al-Quran sendiri terdapat begitu banyak ayat yang memperkatakan tentang iman. Apakah asas-asas iman yang harus ada dalam diri seorang mukmin?
1. Tunduk dan patuh pada perintahNya (Al-Baqarah, ayat 136)
Ini semestinya sesuatu yang wajib kita semua lakukan. Perintah Allah yang Maha Esa, yang telah menciptakan kita..Subhanallah..masakan kita berani untuk mengingkarinya…takutlah dengan azab api neraka wahai sahabat sekalian. Nak disenaraikan ke perintah Allah yang wajib? Rasanya tak perlu…semua sahabat insya Allah dah beres bab ni Amin.

2. Makan yang baik-baik (Al-Baqarah, ayat 172)
Makanan juga merupakan asas iman yang sangat penting. Apa yang kita makan dalam sehari akan bercampur dengan darah dan daging kita seumur hidup. Hal ini yang menyebabkan ia sangat dititikberatkan dalam Islam. Anjuran makan makanan yang halal dan berkhasiat juga terdapat dalam hadith (hadith silibus form 4..tak kan dah lupe ?) yang sahih. Rezeki yang datang dari sumber yang haram dapat memberi kesan kepada iman seseorang. Kalau sumber dah haram, macam mana nak rasa manisnya iman kan? Sama kesnya dengan melihat perkara haram (aurat,blue film etc.) boleh menyebabkan seseorang tu menjadi seorang pelupa. So, jagalah pemakanan kita semua. Pastikan yang halal.

3. Sentiasa bersyukur (Al-Baqarah, ayat 172)
Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya, nikmat oksigen yang diberi untuk kita bernafas, nikmat air untuk kita minum, mandi, cuci baju, nikmat keluarga yang sentiasa ada di sisi, nikmat tidur, nikmat surf internet, nikmat chatting, nikmat tengok tv, nikmat ada kengkawan yang best, yang faham kita, nikmat ada tempat tinggal, nikmat boleh makan, nikmat tangan, kaki, mulut, telinga, hidung- senang cakap nikmat tubuh badan yang sempurna. Masya-Allah, tengok, punya la banyak nikmat yang Allah bagi kita semua. Dia tak sekali-kali lupakan hambaNya. So, kita kenalah selalu bersyukur. Bangun pagi tu jangan lupa baca doa bangun tidur. Nikmat hidup untuk sehari lagi. Ada orang yang hidupnya serba kekurangan. Jadi bersyukurlah dengan apa yang dah ada. Bersyukur ada 3 cara- hati, lidah, dan perbuatan. Ucapkan tahmid-Alhamdulillah atau buat sujud syukur.

4. Kerjakan amal yang baik (Al-Baqarah, ayat 223)
Amal yang baik? Banyak sangat amal yang baik boleh dibuat. Salah satunya ialah sedekah. Dinyatakan dalam hadith (num 26th ) berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya, ataupun mengangkat barang-barangnya ke atas tunggangan itu adalah sedekah. Kata-kata yang manis adalah sedekah. Setiap langkahmu menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya (sesuatu yang menghalang) dari laluan orang ramai juga merupakan sedekah.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) Berdasarkan hadith di atas, nampak tak? Sikit punya senang nak bersedekah, kira amal baik la tu kan tapi kena la ikhlas. Apa lagi, jom kita rebut pahala free ni
Rasanya sampai sini je kali ni. Sebenarnya banyak lagi asas iman yang dinyatakan dalam al-Quran. Yang dah dinyatakan kat atas tu hanya diambil dalam surah al-Baqarah. Insya Allah, kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Wallahu’alam.
References : Tafseer al-Quran, Indeks al-Quran-Dr Yusof Ismail, Lessons in 40 hadith-Syed Ahmad Semait

posted by siasah_sbp @ 3:51 PM, , links to this post

Induksi APIS Pertama 12&13 Januari 2007

Alumni Pelajar Islam SBP bersama exco-exco(abang-abang dan kakak-kakak PKPIM)

Lawatan ke Pameran Tamadun Islam di Kuala Lumpur Convention Center

Tenaga Permulaan APIS: Abang Effendy dan Ikhwan (MCKK class 0f 1999 & 2006)

Alumni Pelajar Islam SBP bersama exco PKPIM
Belakang dari kiri : Ikhwan,Raja Iskandar,Rozairee,Abang Effendy (exco PKPIM),Luqman,Faiz,Firdaus,Abang Khairullah (exco PKPIM)
Duduk:Anati Asyran,Atiqah,Nova Adila

Sesi bersama Abang Raimy;mantan presiden PKPIM dan kini exco ABIM Pusat

posted by siasah_sbp @ 3:52 PM, , links to this post

Akhlak Mulia

Bismillahirrahmanirrahim.Akhlak yang mulia dalam pergaulan

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ
al -Hujurat:10

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara"

Kita sedia maklum perhubungan yang baik serta ikatan persaudaraan amat dianjurkan dalam Islam sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat di atas. Imam Tarmizi dan sebahagian ulama lain telah menyimpulkan pergaulan yang baik sesama Muslim ialah dengan menunjukkan muka yang manis, tidak menyakiti hati saudara yang lain dan sentiasa membuat kebaikan untuk saudaranya.Rasulullah s.a.w sendiri mempunyai akhlak mulia dan budi pekerti yang sangat tinggi sesuai dengan firman Allah s.w.t:

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

al -Qalam:4

" Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai budi pekerti yang agung "

Ayat di atas merupakan suatu pujian yang amat besar kerana telah dinyatakan sendiri oleh Allah Maha Pencipta dan diabadikan pula di dalam al-Quranul Karim. Penghormatan yang diebrikan kepada Junjungan Mulia itu merupakan penghormatan kepada umat Baginda juga. Namun, penghormatan itu tidaklah layak untuk kita melainkan kita sebagai umat Muhammad manjadikan Baginda sebagai teladan dalam setiap gerak laku kita seharian.لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
al -Ahzab:21

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi dirimu "

Ayat di atas dengan jelas menunjukkan Rasulullah s.a.w merupakan contoh teladan nombor satu yang perlu diikuti untuk menjadi seorang Muslim sejati.Akhlak Rasulullah yang telah ditunjukkan mempunyai skop yang amat luas, oleh yang demikian kita dianjurkan untuk mendidik diri kita agar mencontohi akhlak dan kelakuan Baginda mengikut kemampuan kita. Semakin banyak kita mencontohi akhlak Baginda yang mulia semakin dekatlah kita dengan Allah s.w.t. Insya Allah.

Wallahua'lam.

References: Syed Ahmad Semait (lessons in 40 Hadith) and tafseer al-Quran

posted by siasah_sbp @ 5:13 AM, , links to this post

sUjuD SyukuR

Alhamdulillah…kita bertemu lagi dengan tahun baru hijriah 1428. Semoga pelbagai kejayaan boleh ditempa untuk kemajuan ummah dan semestinya untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Namun adakah kita telah bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakanNya sepanjang tahun lalu? Pernahkah kita sekurang-kurangnya sekali sujud syukur dalam setahun?
Sujud syukur amat digalakkan oleh jumhur ulama’. Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan selepas mandapat nikmat baru, berita menggembirakan atau pun selamat daripada musibah.
Hukum melakukan sujud syukur adalah sunat. Hal ini adalah berdasarkan hadith berikut:
“ Bahawa Nabi Muhammad s.a.w biasanya apabila menerima berita yang menggembirakan Baginda, Baginda terus sujud kepada Allah s.w.t “
(Riwayat Abu Daud)
Nak buat sujud syukur senang je..Islam kan agama yang mudah :)
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam
Mudahkan...sujud syukur dimulakan dengan duduk seperti duduk antara dua sujud. Ayat yang digalakkan dibaca semasa sujud ialah
“Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta² "
Kalau tak hafal boleh baca bacaan biasa sewaktu sujud..ringan-ringankanlah diri kita agar tidak terlalai dan terleka dengan kejayaan sendiri. Sesungguhnya semua tu datang dari Allah s.w.t.
Wallahua’lam.

posted by siasah_sbp @ 5:05 AM, , links to this post

Editor GAPIS

Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).

Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.

Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.

Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh karisma.   

Amira

Merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah. Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.

Hani

Berasal dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang terkini menggantikan seniornya saudari Amira.

Mengenai Blog

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin tersebut.

APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi, termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen , Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam,  dan lain-lain.

APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.

Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.

Hubungi Kami

Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau  Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.


Web This Blog

 

Laman Utama | Profil | Koleksi Foto | Forum | GAPIS E-GROUP | PKPIM |


Powered By

Powered by Blogger
make money online blogger templates