sUjuD SyukuR
Wednesday, January 24, 2007
Alhamdulillah…kita bertemu lagi dengan tahun baru hijriah 1428. Semoga pelbagai kejayaan boleh ditempa untuk kemajuan ummah dan semestinya untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Namun adakah kita telah bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakanNya sepanjang tahun lalu? Pernahkah kita sekurang-kurangnya sekali sujud syukur dalam setahun?
Sujud syukur amat digalakkan oleh jumhur ulama’. Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan selepas mandapat nikmat baru, berita menggembirakan atau pun selamat daripada musibah.
Hukum melakukan sujud syukur adalah sunat. Hal ini adalah berdasarkan hadith berikut:
“ Bahawa Nabi Muhammad s.a.w biasanya apabila menerima berita yang menggembirakan Baginda, Baginda terus sujud kepada Allah s.w.t “
(Riwayat Abu Daud)
Nak buat sujud syukur senang je..Islam kan agama yang mudah :)
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Salam
Mudahkan...sujud syukur dimulakan dengan duduk seperti duduk antara dua sujud. Ayat yang digalakkan dibaca semasa sujud ialah
“Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta² "
Kalau tak hafal boleh baca bacaan biasa sewaktu sujud..ringan-ringankanlah diri kita agar tidak terlalai dan terleka dengan kejayaan sendiri. Sesungguhnya semua tu datang dari Allah s.w.t.
Wallahua’lam.
posted by siasah_sbp @ 5:05 AM,
0 Comments:
Editor
GAPIS
Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau
yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah
Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas
awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).
Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah
terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan
penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini
beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar
negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.
Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan
berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan
beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga
adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.
Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan
seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir
walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh
karisma.
Amira
Merupakan
bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas
Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah.
Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles
yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.
Hani
Berasal
dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri
Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang
terkini menggantikan seniornya saudari Amira.
Mengenai Blog
Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar
Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan
keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang
diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru
akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin
tersebut.
APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan
dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS
terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi,
termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen ,
Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam, dan lain-lain.
APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.
Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.
Hubungi Kami
Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.