Hijrah...Berubah, Mengubah Atau Diubah...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang kita kasihi...

Rasanya, belum terlambat buat ana menitipkan tinta ini buat renungan bersama sempena bulan Muharram, bulan yang mulia serta penuh dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah buat hamba-hamba yang sentiasa mentaatinya.

Hijrah..terlintas di fikiran ana, adakah umat Islam dewasa kini masih menantikan kemunculan bulan mulia ini sebagaimana umat terdahulu, selepas berlakunya peristiwa perjuangan Rasulullah SAW serta para sahabat menempuh kegetiran untuk melakar sejarah hijrah yang pertama dalam dunia Islam. Jika dahulu, Muharram penuh dengan keharuan dan kesyukuran kepada RabbulJalil atas nikmat Islam yang dikurniakan, kini mungkin sekali kita tidak sedar pun akan kehadirannya. Gara-gara kealpaan dan ketaksuban dengan nikmat duniawi yang diberikan buat sementara waktu, kita lupa akan sejarah agung ini.

Skop hijrah ini terlalu luas untuk diungkaikan dan terlalu subjektif untuk ditafsirkan.
Di sini, ana ingin berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang ana peroleh melalui satu slot forum Anjuran Yayasan Tahfiz An-Nisa' sempena perasmian yayasan tersebut baru-baru ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Apa yang menarik tentang forum ini ialah panel jemputan yang cukup membuatkan ana kagum dengan mereka sekaligus menggambarkan keindahan erti hjrah itu sendiri. Berikut merupakan ahli-ahli panel jemputan:

a) Ustaz Zamri (DJ Radio IKIM)
b) Dayang Ku Intan (bekas penyanyi popular)
c) Brother Shah Kirit (muallaf dan pendakwah bebas di Sarawak )

Secara keseluruhannya ahli panel membincangkan tentang pengalaman mereka mencari dan mendapat nur hidayah daripada Allah untuk merasai nikmat Islam dan Iman.

Memetik kata-kata Brother Shah Kirit seorang penganut agama Hindu yang taat suatu ketika dahulu , penghijrahannya ke dalam Islam merupakan saat yang amat indah dalam hidupnya walaupun ada badai yang melanda ada insan yang terluka. Keindahan Al-Qur'an membuatnya tertarik untuk menghayati Islam dan menjalani hidup secara Islam. Pada mulanya ana agak tersinggung dengan kata-kata beliau apabila beliau mengatakan bahawa musuh agama Islam adalah uamt Islam itu sendiri. Namun apabila ana mendengar kupasan yang mantap daripada beliau, ana mengakui penyataan ini. Umat Islam seharusnya membawa imej yang baik bagi menggambarkan keindahan ajaran Islam yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Bgaimana umat Islam menjadi musuh kepada agama sendiri, sedangkan mereka menganut ISLAM?

Jawapannya terletak pada diri kita. Umat Islam yang hanya pada namalah yang menjadi musuh Islam. Mereka tidak pernah malu untuk melakukan dosa dan maksiat kepada Allah sedangkan mereka tahu akan balasan yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Mereka juga mencemar nama ISlam melalui perilaku yang cukup memalukan.Amat mengaibkan apabila seorang kafir mempersoal tentang kemungkaran yang dilakukan oleh umat islam sendiri. Jika seorang muallaf seperti Brother Shah Kirit membuat penilaian sedemikian rupa , bagaimana pula orang kafir yang lain, yang mungkin sedang merancang untuk mendapat hidayah Islam mahupun menghancurkan ISLAM?

Adakah perlu turun sesuatu keajaiban dari langit barulah umat Islam mahu berubah?Kitalah sepatutnya yang menjadi nadi perubahan-perubahan yang baik bukannya menanti diri kita diubah. Apabila kita melonjakkan perubahan maka, diri kita akan berubah sekaligus keadaan persekitaran akan berubah. Inilah yang dinamakan hijrah yang sebenar di mana kita melakukan anjakan paradigma yang teragung dalam diri. Kita yang mengubah bukan kita yang diubah. Sepertimana Allah telah menyebut dalam Al-Qur'an yang bermaksud:

"nasib sesuatu kaum tidak akan berubah jika mereka tidak mengubahnya.."

Hal ini bertepatan dengan apa yang berlaku kepada Dayang Ku Intan seorang penyanyi tersohor suatu ketika dahulu.Beliau ketika di era kegemilangannya di pentas seni, tidak pernah mengenali huruf-huruf Al-Qur'an tetapi atas nama kesedaran beliau cuba mengatasi kejahilannya dengan menimba ilmu melalui teman- teman yang masih sudi membimbingnya keluar dari kepompong kejahilan dan maksiat yang telah beliau lakukan. Beliau berusaha untuk membuat perubahan dalam diri sekaligus menanam hasrat untuk mencari hidayah Allah. Inilah hijrah di jalan Allah yang dituntut oleh Ilahi kepada umat Islam melalui firman-Nya dalam Surah An-Nisa' ayat 100 yang berbunyi:

MAKSUDNYA: “DAN SESIAPA YANG BERHIJRAH PADA JALAN ALLAH (UNTUK MEMBELA DAN MENEGAKKAN ISLAM), NESCAYA IA AKAN DAPATI DI MUKA BUMI INI TEMPAT BERHIJRAH YANG BANYAK DAN REZEKI YANG LUAS; DAN SESIAPA YANG KELUAR DARI RUMAHNYA DENGAN TUJUAN BERHIJRAH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA, KEMUDIAN IA MATI (DALAM PERJALANAN), MAKA SESUNGGUHNYA TELAH TETAP PAHALA HIJRAHNYA DI SISI ALLAH. DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI”.

Lihatlah, betapa besarnya ganjaran oleh Ar-Rahi buat hamaba-hambanya yang berjuang fi sabilillah. Kita jadikan kisah kedua-dua insan ini sebagai inspirasi buat kita untuk terus mengejar kemanisan iman , ISlam dan Taqwa yang telah Allah janjikan nikmatnya di Syurga kelak. Kita secara lahiriahnya telahpun memiliki nikmat Islam, cuma perlukan sedikit ikhtiar untuk menggapai erti iman.

Oleh itu ayuh kita mengorak langkah, muhasabah kembali kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan. Buangkan segala kekejian yang tersimpan di lubuk hati sebaliknya semaikanlah keindahan iman di taman jiwa. lakukan penghijrahan yang paling bermakna dalam sirah hidup kita buat tahun baru hijrah ini.Tanamkanlah tekad untuk sama-sama berjuang di medan dakwah Islami..

Wallahualam..


ana,

serikandi pejuang

posted by siasah_sbp @ 6:02 AM,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Editor GAPIS

Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).

Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.

Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.

Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh karisma.   

Amira

Merupakan bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah. Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.

Hani

Berasal dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang terkini menggantikan seniornya saudari Amira.

Mengenai Blog

Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin tersebut.

APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi, termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen , Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam,  dan lain-lain.

APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.

Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.

Hubungi Kami

Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau  Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.


Web This Blog

 

Laman Utama | Profil | Koleksi Foto | Forum | GAPIS E-GROUP | PKPIM |


Powered By

Powered by Blogger
make money online blogger templates