Iman
Saturday, January 27, 2007
Assalamualaikum wbt.
Apakah itu iman? Iman yang rukun iman tu ke? Ala, yang ade enam perkara tu kan? Sesungguhnya iman bukan sekadar yang enam sahaja, itu jika dan hanya jika dilihat secara kasar. Ironinya, melalui keenam-enam perkara tersebut kita boleh mengklasifikasikan iman dalam aspek yang sangat luas. Di dalam al-Quran sendiri terdapat begitu banyak ayat yang memperkatakan tentang iman. Apakah asas-asas iman yang harus ada dalam diri seorang mukmin?
1. Tunduk dan patuh pada perintahNya (Al-Baqarah, ayat 136)
Ini semestinya sesuatu yang wajib kita semua lakukan. Perintah Allah yang Maha Esa, yang telah menciptakan kita..Subhanallah..masakan kita berani untuk mengingkarinya…takutlah dengan azab api neraka wahai sahabat sekalian. Nak disenaraikan ke perintah Allah yang wajib? Rasanya tak perlu…semua sahabat insya Allah dah beres bab ni Amin.
2. Makan yang baik-baik (Al-Baqarah, ayat 172)
Makanan juga merupakan asas iman yang sangat penting. Apa yang kita makan dalam sehari akan bercampur dengan darah dan daging kita seumur hidup. Hal ini yang menyebabkan ia sangat dititikberatkan dalam Islam. Anjuran makan makanan yang halal dan berkhasiat juga terdapat dalam hadith (hadith silibus form 4..tak kan dah lupe ?) yang sahih. Rezeki yang datang dari sumber yang haram dapat memberi kesan kepada iman seseorang. Kalau sumber dah haram, macam mana nak rasa manisnya iman kan? Sama kesnya dengan melihat perkara haram (aurat,blue film etc.) boleh menyebabkan seseorang tu menjadi seorang pelupa. So, jagalah pemakanan kita semua. Pastikan yang halal.
3. Sentiasa bersyukur (Al-Baqarah, ayat 172)
Bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya, nikmat oksigen yang diberi untuk kita bernafas, nikmat air untuk kita minum, mandi, cuci baju, nikmat keluarga yang sentiasa ada di sisi, nikmat tidur, nikmat surf internet, nikmat chatting, nikmat tengok tv, nikmat ada kengkawan yang best, yang faham kita, nikmat ada tempat tinggal, nikmat boleh makan, nikmat tangan, kaki, mulut, telinga, hidung- senang cakap nikmat tubuh badan yang sempurna. Masya-Allah, tengok, punya la banyak nikmat yang Allah bagi kita semua. Dia tak sekali-kali lupakan hambaNya. So, kita kenalah selalu bersyukur. Bangun pagi tu jangan lupa baca doa bangun tidur. Nikmat hidup untuk sehari lagi. Ada orang yang hidupnya serba kekurangan. Jadi bersyukurlah dengan apa yang dah ada. Bersyukur ada 3 cara- hati, lidah, dan perbuatan. Ucapkan tahmid-Alhamdulillah atau buat sujud syukur.
4. Kerjakan amal yang baik (Al-Baqarah, ayat 223)
Amal yang baik? Banyak sangat amal yang baik boleh dibuat. Salah satunya ialah sedekah. Dinyatakan dalam hadith (num 26th ) berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya, ataupun mengangkat barang-barangnya ke atas tunggangan itu adalah sedekah. Kata-kata yang manis adalah sedekah. Setiap langkahmu menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya (sesuatu yang menghalang) dari laluan orang ramai juga merupakan sedekah.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) Berdasarkan hadith di atas, nampak tak? Sikit punya senang nak bersedekah, kira amal baik la tu kan tapi kena la ikhlas. Apa lagi, jom kita rebut pahala free ni
Rasanya sampai sini je kali ni. Sebenarnya banyak lagi asas iman yang dinyatakan dalam al-Quran. Yang dah dinyatakan kat atas tu hanya diambil dalam surah al-Baqarah. Insya Allah, kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Wallahu’alam.
References : Tafseer al-Quran, Indeks al-Quran-Dr Yusof Ismail, Lessons in 40 hadith-Syed Ahmad Semait
posted by siasah_sbp @ 3:51 PM,
0 Comments:
Editor
GAPIS
Ikhwan Zhaki

Merupakan bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar Batch 2002-2006. Beliau
yang berasal dari Kedah pernah memegang jawatan sebagai Presiden Badan Nahdhah
Islamiah (BANI) sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi, Timbalan Ketua Pengawas MCKK dan antara pengasas
awal Gabungan Pelajar Islam SBP (GAPIS).
Beliau pemegang Lencana King Scout.Di atas karismatik kepimpinan dan sahsiah
terpuji ketika menjadi student MCKK, beliau telah diberi penghormatan dengan
penganugerahan Anugerah Carey Award dan Anugerah Pelajar Cemerlang PIBG. Kini
beliau aktif menggerakkan APIS dan sedang menunggu tawaran belajar di luar
negara dalam Jurusan Geologi melalui Biasiswa Petronas.
Azharul

Juga bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar Batch 2002-2006 dan
berasal dari Kuala Lumpur. Ayah beliau merupakan pakar I.T dan ibu kesayangan
beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Merupakan bekas pengawas sekolah dan juga
adalah Timbalan Presiden 1 BANI bagi sesi 1427 Hijriah/2006 Masihi.
Penglibatan beliau dalam arena dakwah bermula sejak beliau menjejakkan kaki di MCKK.Atas komitmen dan kesungguhannya dalam berdakwah,beliau telah diberi kepercayaan sebagai Timbalan Presiden BANI bagi meneruskan idea Tajdid Wal Islah yang diwarisi sejak kepimpinan Anwar Ibrahim.Beliau bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Merupakan
seorang thinker yang suka bergerak sebagai master mind di belakang tabir
walaupun beliau juga boleh menonjol ke hadapan sebagai pimpinan yang penuh
karisma.
Amira
Merupakan
bekas pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) batch 2002-2006 dan juga adalah bekas
Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP 2006. Beliau berasal dari Perlis Darul Sunnah.
Kesungguhan beliau dalam menggerakkan APIS ditonjolkan melalui posting articles
yang banyak di blog ini.Semasa memimpin BADAI di Sekolah Seri Puteri,beliau bergiat dengan sangat aktif dan berkorban tanpa mengira masa dan penat lelah.Beliau berjaya meluaskan perhubungan BADAI dalam kalangan SBP dan seterusnya memurnikan idea APIS.
Hani
Berasal
dari Kedah Darul Aman .Beliau masih lagi menuntut di lembah ilmu Sekolah Seri
Puteri (SSP) dan kini memegang amanah sebagai Presiden Badan Agama Islam (BADAI) SSP yang
terkini menggantikan seniornya saudari Amira.
Mengenai Blog
Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) adalah satu Gabungan Persatuan Pelajar
Islam Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia. APIS lebih menumpukan
keperluan latihan pelajar-pelajar Islam dengan berpandukan pengalaman yang
diperolehi pemimpin Islam beberapa dekad lalu. Ini membolehkan generasi baru
akan dapat memulakan sesuatu daripada apa yang ditinggalkan oleh pemimpin
tersebut.
APIS lebih mengoptimumkan pemahaman mereka tentang seni dan sains kepimpinan
dakwah serta bagaimana melaksanakannya.APIS juga mempunyai matlamat murni untuk mewujudkan perhubungan dan kerjasama dakwah;baik antara SBP mahupun pelajar dan bekas pelajar SBP.Diharapkan agar generasi pimpinan GAPIS
terdapat pembaikan dari sudut konsep, pengurusan, pentadbiran, dan komunikasi,
termasuklah kemahiran yang diperlukan untuk mengadakan perkhemahan, konvensyen ,
Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam, dan lain-lain.
APIS mempunyai jaringan yang baik dengan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) yang merupakan Badan Gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Blog Komuniti APIS ini diwujudkan sebagai salah satu wasilah yang menggambarkan keberanian dan keyakinan diri yang mapan dalam mencerakinkan alat teknologi semasa dengan berhemat.
Blog ini menjadi penghubung di antara ahli sebagai medium perkongsian ilmu dan maklumat serta berusaha untuk meningkatkan lagi keberkesanan teknologi ICT supaya ahli dapat berkongsi pendapat secara terus sama ada dari segi kaedah berdiskusi secara online di masa akan datang.
Hubungi Kami
Selain daripada medium laman blog, APIS juga boleh dihubungi secara maya di ruangan emel atau Yahoo Messengger di alamat emel : gapis_online@yahoo.com atau di ruangan chatting yang disediakan di ruangan blog. Gapis juga menyediakan ruangan e-group dan Forum untuk berkongsi pendapat.